Inilah Hasilnya...
|
*..Terpancar sinar kegembiraan & kebahagiaan..* |
Jumaat, 26/11/2010::Konvokesyen UiTM Kali Ke-73
Alhamdulillah, Congratz to my beloved Bg.Pie=) Inilah hasilnya, setelah berhempas pulas selama lebih kurang 6 tahun.. Mak, Abah, satu family tumpang gembira & bangga dgn Bg.Pie..Hanya kalimah syukur yg didengari & tangisan kesyukuran jelas tergambar di wajah Mak & Abah masa hari konvo Bg.Pie..You're the one who inspired me to be like you!
Pengurusan Teknologi Kreatif & Artistik???
Ye, inilah bidang yg abang saya ceburi. Kenapa, nampak pelik ke dgn bidang ni? Kalau takde org yg masuk dlm bidang ni, takde la rancangan2 kat TV mcm sekarang, kan? Sesetengah org memandang rendah bidang ni. Nampak takde masa depan, belajar pun tak handal mane. Ini semua persepsi org2 yg berada di takuk lama. Please be open-minded! Dulu, saya akui, saya agak rigid tentang perkara ni. Saya nampak takde ape dgn bidang ni. Tp, semakin hari saya semakin nampak kepentingan & kelebihan ilmu yg ada pada Bg.Pie. Dialah yg banyak ajar abang2 saya yg lain tentang seni & teknik photography, membongkarkan trick2 dlm film shooting, & yg paling penting mengubah persepsi kami sekeluarga tentang masa depan org2 yg terlibat dlm bidang ni.
Teringat lagi 1st time Bg.pie dpt offer diploma dlm bidang ni dulu, mak pernah cakap, "Mak tak nak nanti balik2 je, Pie jd lembut pulak." Em, geli hati bile ingat balik kate2 mak yang satu ni. Tambah pulak Bg.Pie pernah cerita, masa interview dulu, ada lecterur tu mintak die menari & menyanyi. Bak kata Bg.Pie, menyanyi tu boleh lagi kot, sebab masa sekolah dulu ada juga masuk nasyid & tilawah (mengimbau nostalgia zaman2 sekolah=)). Tapi menari tu tak boleh terima betul. Last2 lect. tu tanya Bg.Pie, "awak ni menari ke berlari?" Erk!!! Kene sekali~ Emm, ini lah pahit manis nak berjaya, kan? Akhirnya, kemanisan yang dirasai=)
Infiniti Pengorbanan...
Memang, tak dinafikan, bidang Bg.Pie ni banyak pakai duit. Bayangkan, kalu ada subjek photography dlm satu sem tu, nak tak nak kene beli camera DSR yang harganya RM2000++. Mak Abah cakap, xpe, demi anak, ape saje Mak Abah sanggup, nak tengok anak2 berjaya. Tak kira lagi subjek2 lain. Bak kate Abah, kalau nak kira, tak terkira duit untuk sekolahkan anak2 semua. Mau berguni2. Tapi inilah namenya tanggungjawab & pengorbanan. Subhanallah, begitu besar pengorbanan insan bergelar Mak & Abah ini. Alhamdulillah, Mak & Abah, inilah hasilnya...4 orang anak2 Mak & Abah dah berjaya menggenggam segulung ijazah atas hasil pengorbanan & doa yg tak pernah putus2 dari Mak & Abah. Maka, tinggallah saya sebagai PENANTIAN TERAKHIR dengan penuh harapan & pengorbanan daripada mereka.
Dan Sekarang...
Dengan rezeki drNYA, abangku yang sorang ni dah pun berpendapatan sendiri. Dari kerja free lance ke permanent. Free lance??? Ada siapa tahu? Free lance ni kerja yang xtetap, ikut job (ikut gaya ckp Bg.Pie;-)). Kalau pandai cari & ada job, baru kerja, kalau takde, just rest~ Apa beza 'free lance' dgn 'permanent'? Bezanya, dr sudut 'income'. Free lance ni, wlpn kerja xtentu masa, tp income agak tinggi, banding dengan permanent ni, gaji tetap. Tapi Bg.Pie, it's better for you to have a good life in future. InsyaALLAH, rezeki tu drNYA, so, don't worry. Just work hard, be honest, sincere, raise up our hands & make du'a~ Dari sekadar 'Assistant' biasa kepada 'Assistant Producer', itulah kerja Bg.Pie. Sekarang berkhidmat di production house company, ThingMagic Sdn.Bhd. Alhamdulillah=) Tumpang gembira & bahagia ^_^,
Pesan Mak & Abah...
Masa hari konvo tu, Mak Abah sempat pesan ngan saya & Bg.Pie. Pesanan ni saya rasa sgt simple, tapi sgt dalam makna & impaknya. "Ape2 pun, dahulukan mak ayah". Ye, saya mengangguk2 tanda setuju. Saya faham kenapa Mak & Abah ckp mcm tu. Semua ekoran melihat anak2 muda lelaki & perempuan, mencari2 'pasangan' mereka & berkumpul dgn kawan2 sebaik sahaja keluar dr dewan konvo. "Kesian mak ayah tunggu, dia pulak kejar kawan2 dulu dari mak ayah." Betul, itulah yang sering berlaku sekarang. Mak ayah diletak ke tepi. Tak salah, nak kongsi kegembiraan dgn kawan2 sambil baling2 topi, bergambar, tapi kongsilah kegembiraan tu dgn mak ayah terlebih dahulu.Ya Allah, luluhnya & runtunnya hati Mak Ayah bile anak2 buat mcm tu. Ya Rabbi, jauhkanlah hambaMu ini drpd perkara2 sebegitu~
Dlm kereta, semasa perjalanan balik, nampak Mak Abah letih sangat. Saya pun cuba ajak Mak & Abah berborak. "Mak, Abah, doakan Nurul pulak ye berjaya mcm Bg.Pie. Doakan Nurul tak jadi mcm ape yg Mak Abah tengok tadi. Kalau boleh, Nurul nak belajar sampai habis dulu. Tak nak ada sape2 masa belajar. Susah kan?" Mak balas, "Mak Abah sentiasa doa, tak pernah tinggal untuk anak2. Kalau ada pun masa belajar ni, nanti masa konvo, jgn buat Mak Abah mcm yang kita tgk tadi ye." Pesanan yg agak mendalam di situ~ Abah pulak, "Abah doa Nurul dpt yang beriman, bertanggungjawab, penyayang, ikhlas, ada sifat qana'ah & banyak lagi yg baik2. Tapi biarla semua tu lepas habis belajar nanti kan. Nurul kan pernah ckp, nak habiskan master dulu, lepas tu pergi haji, lepas tu baru fikir kan?" Abah masih ingat kata2 saya dulu.. Nampaknya........adakah mungkin??hmmm...
Alhamdulillah, Allah kurniakan Mak & Abah yang memahami anak2 nya. Segala2nya ku serahkan padamMU, Ya Rabbi. Engkau sebaik2 Pengatur & Perancang kehidupan hambaMU ini. Tiada daya & upayaku untuk menghalang ketentuanMU. Aku redha segalanya yang terbaik buatku.
Ingat janji kita...
"Nurul, terima kasih ye bawakan Mak Abah dtg konvo Pie."-"Takde apela Bg.Pie=) nanti Nurul konvo, Bg.Pie pulak bawa Mak Abah ye?"-"Boleh je, doa Pie dapat beli kereta pulak. Nanti boleh bawa Mak Abah pg konvo Nurul"-Msg kami berdua-
Ya Allah, adakah umur & peluang untukku hadiahkan kejayaan & kegembiraan buat kedua-dua insan tersayang ini? Izinkan aku, Ya Rabbi~
|
*..Hadiah paling bernilai dari seorang anak buat Mak & Abah..* ~KEJAYAAN~ |
~TRIBUTE FOR MY BRO::MOHD KHAIRUZ ABD HAMID@BG.PIE~