Balik je minggu lepas, abah tanya satu soalan "Nurul, boleh tolong abah tak?". Saya pun jawablah, "tolong ape tu abah?". "Minggu depan ada minggu orientasi dekat Kolej Integriti Ilmu Felda, lepas tu cikgu sana minta abah bg kuliah subuh hari Isnin, Khamis & Jumaat. Nurul ambik sehari ye, bagi kuliah kat budak2 baru tu. Alah, sumenye lepasan SPM je, baya2 Nurul juga. Boleh ye?" Saya yang sedang makan ni hampir tersedak. "Betul ke abah ni? Orang tu minta abah, boleh ke main pass je kat orang lain?". "Takpe, nanti abah bgtau cikgu tu." Berfikir panjang juga lah, nak cakap terima ke tak. Bila fikirkan inilah peluang saya untuk sampaikan ape yang saya nak sampaikan pada belia2 muda harapan bangsa ni, saya kuatkan juga untuk terima.
Sebenarnya saya tau ape tujuan abah minta saya bagi kuliah tu. Abah sebenarnya nak tengok mcm mane anak dia ni bercakap kat depan. Yelah, mane taknya, selalu mak abah dgr anak dia ni pergi program sana sini, motivasi kat sekolah2, sampai jrg2 sgt balik rumah. Ni lah masanya abah nak tgk ape hasil yang saya dapat bila ditarbiyah dgn program2 di luar. InsyaALLAH, akan saya sahut cabaran ini!
Abah mengingatkan saya malam tadi, yang kuliah tu tak lama pun dlm setengah jam je. Abah cakap walaupun masa tu sekejap, kalau boleh pastikan pengisian tu padat. Mak pulak bg cadangan yang buat saya tergamam sekejap. "Nurul, kalau nak lagi bagus, biar lepas Nurul bg kuliah tu sampai ada yang menangis." Huhu...Mak, kalau ni slot muhasabah, insyaALLAH, boleh juga buat mcm tu. Kot pagi nanti Nurul buat mcm tu, ada pulak yang makin khusyu' sampai bukan setakat sepet2 mata menangis, tapi tertutup terus sebab tidur=) Mak pandai gurau ye sekarang. Sebelum tidur mlm tadi, sekadar review ape yang nak dicakapkan, cari dalil2 untuk kuatkan lagi ape yang saya nak sampaikan.
Alhamdulillah, subuh tadi dapat solat jemaah dgn pelajar2 baru tu semua. Suci sungguh muka mereka semua. Muka penuntut2 ilmu Allah yang sgt luas. Selesai solat subuh, sempat bertanya dgn adik di sebelah saya, "Dekat sini, ambik kos ape ye dik?". "Ada 2 je kak, jahitan & dandanan rambut". Owh... Ini sebagai bekal muqaddimah kuliah nanti. Akhirnya, cikgu yang mempengerusikan majlis itu memanggil saya untuk tampil ke hadapan. Melangkah ke hadapan surau dgn memohon kelancaran & kefasihah dari Allah Al-Wasi', Yang Maha Melapangkan & Ar-Rashid, Yang Maha Pandai lagi Bijaksana. Semoga Allah melapangkan dada anak2 ini untuk menerima perkongsian dariku, Ya Rabbi~
Berbekalkan ilmu & pengalaman yang sedikit ni, Alhamdulillah, saya kongsikan bersama mereka tentang pengurusan masa yang berkesan. Antara intipati yang sempat saya selitkan tentunya tafsiran Surah Al-Asr yang kita semua sedia maklum bahawa ALLAH telah bersumpah dgn masa, yang mana manusia sentiasa dlm kerugian. Kecuali 4 golongan yang istimewa iaitu:-
- orang yang beriman kepadaNYA
- orang yang beramal soleh
- orang yang berpesan2 kepada kebenaran & kebaikan
- orang yang berpesan2 kepada kesabaran
Seterusnya antara yang saya dapat kongsikan dgn mereka adalah tentang hadith nabi yang mana nabi mengingatkan kita supaya selalu menitikberatkan
5 perkara sebelum tibanya 5 perkara:-
- sihat sebelum sakit
- muda sebelum tua
- kaya sebelum miskin
- lapang sebelum sempit
- hidup sebelum mati
Sewaktu kita sihat, muda, kaya, lapang & hidup inilah kita boleh menunaikan tanggungjawab kita sebagai insan yang memegang
dual status, iaitu
'abd &
khalifah Allah di muka bumi ini. 'Abd (hamba) tugasnya adalah untuk mengabdikan diri padaNYA dengan menunaikan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Khalifah pula tugasnya untuk menuntut ilmu, kemudiannya bekerja, berkeluarga, bersosial mengikut syara', pendek kata menunaikan hak pada diri & orang lain.
Banyak juga contoh2 yang saya selitkan terutama yang dekat dengan diri mereka iaitu berpesan supaya mereka menggunakan kemahiran yang dimiliki ke arah yang bermanfaat untuk diri & juga orang lain. Kemahiran yang mereka ada, tak semua orang mampu lakukan, dan seharusnya mereka bersyukur dengan cara menggunakan kemahiran mereka itu untuk meningkatkan taraf ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. InsyaALLAH, suatu hari nanti mereka mampu lakukannya, demi memulihkan semula keadaan ekonomi negara memandangkan ekonomi negara yang bermasalah sekarang ni.
Jika kita lihat, bagaimana Rasulullah S.A.W membahagikan masa baginda, baginda membahagikan masa untuk 4 perkara dalam hidup baginda:-
- Masa untuk beribadat kepada Allah
- Masa untuk muhasabah diri
- Masa untuk merenung ciptaan Allah
- Masa untuk keperluan diri
Berdasarkan garis panduan pengurusan masa Rasulullah ini, kita dapat lihat bagaimana Rasulullah mengisi masa baginda keseluruhannya dengan pengakhirannya menuju kembali pada Allah Ya Khaliq, Yang Maha Mencipta segala sesuatu di alam ini, subhanallah~
Dalam pada itu, tidak bermakna juga seluruh masa kita perlu diisi dengan kerja2 yang memerlukan tenaga yang tidak henti2. Masa rehat untuk diri juga perlu dititikberatkan kerana andai tidak ditunaikan hak pada diri, maka akhirnya binasalah diri dengan kezaliman diri sendiri. Memetik kata2 Saidina Ali r.a, "Berilah kerehatan pada hatimu buat seketika, sesungguhnya jika hati itu dipaksa, nescaya akan buta hati tu". Teringat pula lirik lagu kumpulan Raihan,
Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah.
Berpada2lah dalam berhibur. Asalkan kita pandai menapis dan mengawal agar tidak terlalu berlebihan. Lebih baik dalam pada berhibur tu, kita cuba selitkan unsur2 yang dapat mendekatkan kita padaNYA. Subhanallah, seni itu indah!
Sedar tak sedar, hampir lebih setengah jam saya bercakap di hadapan, sampai abah kene bagi note peringatan "5 minit je lagi". Untuk akhirnya, sebagai penutup saya bacakan satu hadith Rasulullah S.A.W,
"Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat, melainkan ditanya dahulu 4 perkara:
- Tentang umurnya & untuk apa dihabiskan umurnya
- Tentang masa mudanya & bagaimana ia menggunakannya
- Tentang harta, dari mana datangnya & untuk apa harta itu dihabiskan
- Tentang ilmu & bagaimana ia memanfaatkannya
Demi Masa...
Jauh di sudut hati ni mengharapkan agar perkongsian yang tak seberapa tadi dapat memberi sedikit sebanyak manfaat & input2 yang boleh diguna pakai buat bekalan adik2ku di situ. Selesai je tadi, terdetik di hati ni, seronoknya dapat memberi. Kepuasan yang dirasa betul2 membuatkan saya terfikir, rupa2nya inilah yang buatkan semangat abah sentiasa kuat untuk bagi kuliah & mengajar walaupun dapat jemputan jauh2, bawa kereta malam2 & sorang2 lagi. Tak pernah mengeluh penat, bosan, malah kata seronok lagi. Inilah keseronokan sebagai seorang mu'allim (guru), betapa besarnya
ERTI HIDUP PADA MEMBERI, subhanallah...
Nak balik tadi, cikgu Liza (salah seorang guru menjahit) bertanya, "Husna ambik kos ape kat uia". "Ekonomi, cikgu". "Owh, ingatkan ambik kaunseling, sebab gaya cakap mcm kaunselor & motivator". Fuh, berpeluh saya dengar. 'Ala kullihal, pernah menyimpan hasrat juga untuk buka konsultan mcm
Ust. Fahri (AFM Terbaik!) tu disebabkan keseronokan dapat memberi sesuatu kepada masyarkat. InsyaALLAH, moga diizinkan suatu hari nanti. Aamiin Ya Rabb~
Permulaan yang memberi pengalaman yang sangat menarik. Terima kasih buat abah yang beri kepercayaan untuk Nurul ambik alih tugas abah pagi tadi. Abah dah cakap tadi, "lain kali boleh ganti abah lagi la ye". Saya senyum je, "InsyaALLAH, boleh je kalau ada orang nak bagi chance lagi".=)
Nantikan untuk entry akan datang, saya nak sgt kongsikan mcm mane teknik pengurusan masa yang saya praktikkan yang telah banyak bantu saya menguruskan hidup dengan tersusun. InsyaALLAH semoga diberi keizinan & peluang untuk memberi sesuatu kepada sahabat2 pembaca semua. Teringat kata2 seseorang yang pernah menegur saya dan membuatkan saya tersedar dari kelalaian diri, "Andai nak jadi hebat, jgn jadi hebat sorang2. Pimpinlah tangan sahabat2 untuk menjadi hebat bersama." Terima kasih kakak2ku atas "tamparan kesedaran" tersebut.