*~Jiilul Quran~*

Friday, August 7, 2009

Dikau Inspirasiku::~



Photobucket Satu Dalam Seribu....



ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917,Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 48 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka
menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 48 tahun, menunjukkan betapa beratnya seksaan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namun beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal(pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh
kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari
kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka.
Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat
ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah, pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan
tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam. Beliau
menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan daulah Islam. Beliau fahami ini
daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.

Sebagaimana firman Allah S.W.T.dalam surah ar-Ra'd:11, yang maksudnya "Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka." Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan
diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan sunnatullah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah
mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun Quraanun Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara
menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh
pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah. Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah
S.A.W. dalam dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan ke atas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani. Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan
tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam kerana apabila di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam.

Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair, ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus
memeluk Islam sebagai agamnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah , "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap
dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH,
namun aku tingalkan Islam, sekali-kali
tidak".
Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus'ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.
Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Bersambung....Nantikan~

Followers