*~Jiilul Quran~*

Monday, December 20, 2010

Jika Tidak Dididik Sebegini....

Photobucket

[Mode:Rindu Mak & Abah] Tiba2 teringat sewaktu cuti sem lepas, sambil duduk2 tengok TV dengan Mak Abah, kebetulan ada siaran ulangan program Dr.Fadzilah Kamsah, Selami Jiwa. Kolaborasi tetamu jemputan, Imam Muda Asyraf & Noor Aniza dlm tajuk 'Anak Derhaka'. Tertarik dgn kata2 Imam Muda Aysraf, "kalaulah mak tak pukul aku, tak marah aku dulu, aku takkan jadi mcm ni agaknya. Inilah hasil tarbiyah mak, dulu sampai sekarang." Allah, sayu hati mendengarnya. Kesedaran seorang anak atas pentarbiyahan seorang ibu & ayah.

Bila diingat balik zaman saya kecil2 dulu, saya juga merasai pengalaman yang sama. Tiba2 mak pun bersuara, "ingat tak dulu, mak pukul sebab tak nak berlatih?" Erk, tiba2 soalan tu terpacul dr mulut Mak. Abah hanya senyum je mengiakan. Ye, bila diimbau kembali, memang perit la masa tu. Sekadar perkongsian bersama bagaimana saya dididik & ditarbiyah sehingga menjadi insan seperti hari ini.

ZAMAN TADIKA

Saya bukanlah berasal dr PASTI atau mane2 pusat asuhan Islam. Saya dulu dimasukkan ke TABIKA KEMAS sebab berhampiran dengan pejabat Abah. Sampaikan dulu, kalau saya merajuk ke, saya boleh lari je ke pejabat Abah. Ish, betapa tak matangnya saya waktu tu. Saya ni orang yang agak aktif dalam ape2 aktiviti yang dianjurkan. Asal ada pertandingan je, saya akan masuk jd peserta. Seingat saya antara pertandingan yang saya pernah masuk, pidato, hafazan, nyayian lagu patriotik, malah kumpulan senaman aerobik & tarian tradisional pun saya pernah masuk. Allah, betapa jahilnya waktu ni. Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan. Inilah detik permulaan saya merasa mcm mane Mak Abah mendidik saya.

Sifat saya waktu tu, saya malas nak berlatih. Yelah, nak masuk pertandingan memang kene berlatih la jawabnya. Tapi saya selalu mengelat. Saya masih ingat lagi, setiap kali nak pergi mane2 pertandingan, saya mesti menangis2 sebab malas berlatih. Ape lagi, bila Mak dah geram, maka terkeluarlah segala skill yang ada. Pernah saya kene rotan sampai panjat2 katil, kene kejar dgn getah paip sampai atas bukit. Allah, bile terkenang semua ni, tersenyum je seorang diri. Nakal juga saya waktu kecik2 dulu. Kesian Mak Abah nak jaga saya dulu. Kalau adik-beradik yang cerita semua ni, lagilah malunye tak boleh nak kata. Duk mengenangkan perangai adik bongsu mereka yang sorang ni. Tapi inilah hakikat diri saya, (dulu2 je kot, sekarang tak lagi)=).

Tapi berkat didikan sebeginilah saya menjadi seperti hari ini.,..

ZAMAN SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

Pada zaman sekolah rendah lah saya mula menyertai Musabaqah Al-Quran. Seingat saya bermula dari Tahun 3, sampailah Tingkatan 5 saya menyertai musabaqah ini, tak pernah missed. Alhamdulillah, Allah kurniakan minat yang mendalam dalam seni tarannum ini. Sungguh indah seni Qiraatul Quran. Majlis Tadarus Al-Quran, Ihtifal Sekolah2 Agama, Musabaqah Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Sambutan Hari Puteri Islam & beberapa lagi pertandingan yang saya pernah sertai selama 9 tahun.

Tak lain tak bukan, sifat malas untuk berlatih tu masih ada dalam diri sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Saya ingat kata2 Mak ni sampai bila2, "Nurul ni, kalau tak nangis dulu sebelum bertanding, susah nak menang." Boleh pulak mcm tu kan? Kadang2 bg saya, kata2 ini berbunyi seperti memberi semangat, ada kalanya pula berbunyi seperti sindiran. Tak tahu kenapa, sebelum bertanding je, antara kewajipan saya, kene nangis dulu. Tak kisahla menangis sebab kene marah ataupun kene rotan. Lepas tu mungkin kebetulan rezeki saya, Allah takdirkan kemenangan berpihak pd saya. Mungkin sebab tu Mak ckp mcm tu. Hmm, mcm ni lah betapa payahnya Mak Abah nak didik saya dulu.

Alhamdulillah, akhirnya hingga ke hari ini, inilah hasilnya....


~Tilawah Al-Quran Kategori Sekolah Menengah 2003-2007~


~Hari Anugerah SMKA SHAMS 2003-2007~



~Sudut khas di ruang tamu~
Antara koleksi anugerah yang diterima
sejak berumur 9 tahun hingga 17 tahun...


..Nothing to say, only my gratitude to HIM..
ALHAMDULILLAH...




 *~TRIBUTE FOR BELOVED MAK & ABAH~*

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa 
kedua ibu bapaku, 
Hjh. Jaharah Bt. Hj. Japar & Hj. Abd Hamid B. Hj. Ahmad, dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa ku masih kecil.
Aamin Ya Rabb~"


When I think of all the things you do,
the ways in which you care,
I'm filled with a sense of gratitude
and pride that is always there.
I seldom take the time to tell you
that I'm happy you're my mom and dad,
so I'll tell you now what's in my heart,
"You're the best that I could have!"



 

Monday, November 29, 2010

Inilah Hasilnya...Hadiah Darinya



Inilah Hasilnya...


*..Terpancar sinar kegembiraan & kebahagiaan..*

Jumaat, 26/11/2010::Konvokesyen UiTM Kali Ke-73
Alhamdulillah, Congratz to my beloved Bg.Pie=) Inilah hasilnya, setelah berhempas pulas selama lebih kurang 6 tahun.. Mak, Abah, satu family tumpang gembira & bangga dgn Bg.Pie..Hanya kalimah syukur yg didengari & tangisan kesyukuran jelas tergambar di wajah Mak & Abah masa hari konvo  Bg.Pie..You're the one who inspired me to be like you!



Pengurusan Teknologi Kreatif & Artistik???

Ye, inilah bidang yg abang saya ceburi. Kenapa, nampak pelik ke dgn bidang ni? Kalau takde org yg masuk dlm bidang ni, takde la rancangan2 kat TV mcm sekarang, kan? Sesetengah org memandang rendah bidang ni. Nampak takde masa depan, belajar pun tak handal mane. Ini semua persepsi org2 yg berada di takuk lama. Please be open-minded! Dulu, saya akui, saya agak rigid tentang perkara ni. Saya nampak takde ape dgn bidang ni. Tp, semakin hari saya semakin nampak kepentingan & kelebihan ilmu yg ada pada Bg.Pie. Dialah yg banyak ajar abang2 saya yg lain tentang seni & teknik photography, membongkarkan trick2 dlm film shooting, & yg paling penting mengubah persepsi kami sekeluarga tentang masa depan org2 yg terlibat dlm bidang ni.

Teringat lagi 1st time Bg.pie dpt offer diploma dlm bidang ni dulu, mak pernah cakap, "Mak tak nak nanti balik2 je, Pie jd lembut pulak." Em, geli hati bile ingat balik kate2 mak yang satu ni. Tambah pulak Bg.Pie pernah cerita, masa interview dulu, ada lecterur tu mintak die menari & menyanyi. Bak kata Bg.Pie, menyanyi tu boleh lagi kot, sebab masa sekolah dulu ada juga masuk nasyid & tilawah (mengimbau nostalgia zaman2 sekolah=)). Tapi menari tu tak boleh terima betul. Last2 lect. tu tanya Bg.Pie, "awak ni menari ke berlari?" Erk!!! Kene sekali~ Emm, ini lah pahit manis nak berjaya, kan? Akhirnya, kemanisan yang dirasai=)

Infiniti Pengorbanan...

Memang, tak dinafikan, bidang Bg.Pie ni banyak pakai duit. Bayangkan, kalu ada subjek photography dlm satu sem tu, nak tak nak kene beli camera DSR yang harganya RM2000++.  Mak Abah cakap, xpe, demi anak, ape saje Mak Abah sanggup, nak tengok anak2 berjaya. Tak kira lagi subjek2 lain. Bak kate Abah, kalau nak kira, tak terkira duit untuk sekolahkan anak2 semua. Mau berguni2. Tapi inilah namenya tanggungjawab & pengorbanan. Subhanallah, begitu besar pengorbanan insan bergelar Mak & Abah ini. Alhamdulillah, Mak & Abah, inilah hasilnya...4 orang anak2 Mak & Abah dah berjaya menggenggam segulung ijazah atas hasil pengorbanan & doa yg tak pernah putus2 dari Mak & Abah. Maka, tinggallah saya sebagai PENANTIAN TERAKHIR dengan penuh harapan & pengorbanan daripada mereka.

Dan Sekarang...

Dengan rezeki drNYA, abangku yang sorang ni dah pun berpendapatan sendiri. Dari kerja free lance ke permanent. Free lance??? Ada siapa tahu? Free lance ni kerja yang xtetap, ikut job (ikut gaya ckp Bg.Pie;-)). Kalau pandai cari & ada job, baru kerja, kalau takde, just rest~ Apa beza 'free lance' dgn 'permanent'? Bezanya, dr sudut 'income'. Free lance ni, wlpn kerja xtentu masa, tp income agak tinggi, banding dengan permanent ni, gaji tetap. Tapi Bg.Pie, it's better for you to have a good life in future. InsyaALLAH, rezeki tu drNYA, so, don't worry. Just work hard, be honest, sincere, raise up our hands & make du'a~ Dari sekadar 'Assistant' biasa kepada 'Assistant Producer', itulah kerja Bg.Pie. Sekarang berkhidmat di production house company, ThingMagic Sdn.Bhd. Alhamdulillah=) Tumpang gembira & bahagia ^_^,

Pesan Mak & Abah...

Masa hari konvo tu, Mak Abah sempat pesan ngan saya & Bg.Pie. Pesanan ni saya rasa sgt simple, tapi sgt dalam makna & impaknya. "Ape2 pun, dahulukan mak ayah". Ye, saya mengangguk2 tanda setuju. Saya faham kenapa Mak & Abah ckp mcm tu. Semua ekoran melihat anak2 muda lelaki & perempuan, mencari2 'pasangan' mereka & berkumpul dgn kawan2 sebaik sahaja keluar dr dewan konvo. "Kesian mak ayah tunggu, dia pulak kejar kawan2 dulu dari mak ayah." Betul, itulah yang sering berlaku sekarang. Mak ayah diletak ke tepi. Tak salah, nak kongsi kegembiraan dgn kawan2 sambil baling2 topi, bergambar, tapi kongsilah kegembiraan tu dgn mak ayah terlebih dahulu.Ya Allah, luluhnya & runtunnya hati Mak Ayah bile anak2 buat mcm tu. Ya Rabbi, jauhkanlah hambaMu ini drpd perkara2 sebegitu~

Dlm kereta, semasa perjalanan balik, nampak Mak Abah letih sangat. Saya pun cuba ajak Mak & Abah berborak. "Mak, Abah, doakan Nurul pulak ye berjaya mcm Bg.Pie. Doakan Nurul tak jadi mcm ape yg Mak Abah tengok tadi. Kalau boleh, Nurul nak belajar sampai habis dulu. Tak nak ada sape2 masa belajar. Susah kan?" Mak balas, "Mak Abah sentiasa doa, tak pernah tinggal untuk anak2. Kalau ada pun masa belajar ni, nanti masa konvo, jgn buat Mak Abah mcm yang kita tgk tadi ye." Pesanan yg agak mendalam di situ~ Abah pulak, "Abah doa Nurul dpt yang beriman, bertanggungjawab, penyayang, ikhlas, ada sifat qana'ah & banyak lagi yg baik2. Tapi biarla semua tu lepas habis belajar nanti kan. Nurul kan pernah ckp, nak habiskan master dulu, lepas tu pergi haji, lepas tu baru fikir kan?" Abah masih ingat kata2 saya dulu.. Nampaknya........adakah mungkin??hmmm...

Alhamdulillah, Allah kurniakan Mak & Abah yang memahami anak2 nya. Segala2nya ku serahkan padamMU, Ya Rabbi. Engkau sebaik2 Pengatur & Perancang kehidupan hambaMU ini. Tiada daya & upayaku untuk menghalang ketentuanMU. Aku redha segalanya yang terbaik buatku.

Ingat janji kita...

"Nurul, terima kasih ye bawakan Mak Abah dtg konvo Pie."-"Takde apela Bg.Pie=) nanti Nurul konvo, Bg.Pie pulak bawa Mak Abah ye?"-"Boleh je, doa Pie dapat beli kereta pulak. Nanti boleh bawa Mak Abah pg konvo Nurul"-Msg kami berdua-

Ya Allah, adakah umur & peluang untukku hadiahkan kejayaan & kegembiraan buat kedua-dua insan tersayang ini? Izinkan aku, Ya Rabbi~

*..Hadiah paling bernilai dari seorang anak buat Mak & Abah..*
~KEJAYAAN~

~TRIBUTE FOR MY BRO::MOHD KHAIRUZ ABD HAMID@BG.PIE~

Friday, November 19, 2010

Saya Nak Jadi Hebat!

"Saya Hebat...
Tengok, kecik2 dah boleh terbang mcm super man!"



Saya nak jadi hebat!!! Tapi cukup ke hebat macam super man mcm baby kat atas ni? =)

Sedar ataupun tidak, sebenarnya telah tersedia satu manual atau panduan khusus buat insan yang bergelar muslim iaitu 10 MUWASAFAT TARBIYAH. Tinggal lagi usaha kita sahaja untuk ikut manual ni sebaik mungkin dengan iman, taqwa, 'aqal & kudrat kurniaan ALLAH yang Maha Pemurah ini. Inilah manual & panduan terbaik buat kita semua untuk jadi MUSLIM HEBAT & CEMERLANG!

Apa dia 10 Muwasafat Tarbiyah ini? 

Jom teliti & fahami serta amalkan bersama!~~

1) Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
~seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
~sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
~seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

2) Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
~Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
~Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

4) Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
~Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka.

5) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) 
~sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan".

 6) Menjaga Waktu (Haarithun ala Waqtihi)
 ~seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

7) Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
~seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
~Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
~seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
~seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
~dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam. 

8) Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
~Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
~perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu.

9) Bermanfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
~Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
~amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
~ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

10) Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
~pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
~seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
~seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.






~Tarbiyah Tunjang Kehidupan~
SEGALANYA BUKANLAH TARBIYAH
 TAPI
 TARBIYAH ADALAH SEGALANYA... 


'Pegang' & 'Bawa' ke mana2=)







Sunday, November 14, 2010

Penantian Menuntut Kesabaran~




PhotobucketAllah..Allah..Allah..

Alhamdulillah, diberi kesempatan & keinginan yang tinggi untuk kembali mencoretkan sesuatu di sini buat perkongsian dgn semua..

Jauh di sudut hati ni masih lagi tersimpan perasaan sedih sebab hajat masih belum kesampaian nak mendaftar untuk kerjakan haji. Pada mulanya, hati mule 'excited' bila dgr Mak cakap masa call hari tu, nak daftar kene ada paling kurang RM1300 dalam simpanan Tabung Haji. Buat masa ni alhamdulillah, simpanan sudah mencukupi untuk mendaftar. Syukur hanya padaMU atas rezekiMU buat hambaMU yang lemah ini.. Allah..Allah..

Nak dijadikan cerita, sehari selepas mule bercuti, terus ke Tabung Haji dgn Mak & Abah. Consult punye consult dgn Hj.Zulkifli (pegawai TH) merangkap sahabat baik Abah, katenye, kalau daftar sekarang, turn akan sampai selepas 24 tahun. Subhanallah, rase melayang sekejap bile dgr 24 tahun. Allah, masih ada kah umurku waktu itu? Saya pula mencelah, "ust, kalau buat rayuan agak2 paling awal dpt pergi bile ye? Hj.Zul bagi tau mungkin lagi 16 tahun lagi. Allah..Allah.. Takpe, nak merasa kemanisan yang hakiki memang menuntut kesabaran yang tinggi kan, pujuk hati sendiri.

Lepas tu, Hj. Zul check status Mak & Abah pulak. Memandangkan Mak & Abah dah kerjakan haji pada tahun 2005 & sejajar dengan peraturan baru yang dikeluarkan, Mak & Abah masih tak cukup syarat untuk daftar kali kedua sebab syarat yang dikeluarkan baru-baru ni, selepas 5 tahun dari tarikh pulang baru boleh daftar untuk kali kedua. Allah..Allah.. Masa ni lagi buat saya sedih sebab saya takkan dapat daftar kalau Mak & Abah tak daftar sekali. Hj.Zul yang nampak saya sedih, duk mengusik saya. "Takpe la Nurul, kalau tak daftar sekali dengan Mak & Abah pun xpe, tapi syaratnya kene ada muhrim lain. Ada ke?" Lepas tu Mak & Abah gelak je. Saya yang tengah tergamam ni, tak mampu nak kate ape-ape. Mak Abah yang tolong jawabkan, "belum lagi." Mak & Abah yang nampak saya terus senyap, terus memujuk, "takpe Nurul, tak lame lagi, kene tunggu tahun depan, awal tahun kite dah boleh daftar.

Allah..Allah.. Banyak juga dugaan ye nak mendaftar ni. Benarlah orang kata, memang akan banyak dugaan sebelum, semasa & selepas pergi ke sana. Mungkin ada yang akan berkata lepas baca entry saya ni, tak sabar2nya nak ke sana. Ya, memang tak sabar. Kerinduan pada Haramain telah menggamit diri ini. "AllahuRabbi, jemputlah daku untuk menjadi tetamuMU untuk kesekian kalinya", doa yang tak pernah lekang dari bibir ini setiap kali berdoa. Kerinduan padaMU, kerinduan pada kekasihMU, kerinduan pada tanah suciMU yang sarat dengan sirah penuh 'ibrah, kerinduan pada RumahMU, Baitullahil Haram, kerinduan untuk memperhambakan diri padaMU di rumahMU yang penuh dengan keberkatan & rahmat dariMU. Allah..Allah.. Kabulkan permintaan hambaMU yang kerdil ini.

Lembah Barakah diisi dengan lautan manusia
(pandangan dari tingkat 2)



Kawasan Hijr Ismail yang mampu memuatkan tetamu2 ALLAH.
Pasti ada ruang bagi setiap dari kita.
AllahuRabbi~

Beginilah keadannya di sana sewaktu dijemput olehNYA sebagai tetamuNYA pada bulan April yang lepas. Mak kata, ni waktu biasa pun kita dah lihat mcm ni ramainya, waktu haji subhanallah, lebih2 lagi. Bukan setakat lautan malah banjiran manusia memperhambakan diri mereka di sini dgn serendah-rendahnya padaNYA. Mak Abah cakap, kalau tengok keadaan mcm ni, logiknya kita sebagai manusia yang banyak khilaf ni mesti berfikir, ada ke ruang nak masuk dalam lautan manusia ni? Subhanallah, Maha Suci ALLAH, jangan sesekali berfikir sebegitu sebab yakin & percayalah, apabila ALLAH menjemput kita sebagai tetamuNYA, sudah disediakan ruang untuk kita beribadah di sana. Allah..Allah..

Teringat kata2 mak sedara Abah yang dah lame menetap kat Makkah. "Nurul nanti pesan kat kawan2, kalau ada rezeki lebih, pasang niat untuk datang sini dulu, jgn pergi tempat lain dulu. Lain puasnya kalau dapat sampai sini waktu muda, sementara badan masih sihat." Allah.. Allah.. Pesanan & nasihat yang sama ku terima buat kali kedua. Terima kasih Tok=,) Sahabat2 yang dikasihi, sematkan & pasanglah niat serta tekad untuk ke sana. Mohon doa banyak2 moga ALLAH murahkan rezeki & izinkan kita untuk menjadi tetamuNYA. Subhanallah, indahnya pengalaman ke sana. 

::Hj. Ahmad (Anak Sulung Tok)~Tok~Abah~Mak::





Di sini saya mengambil kesempatan untuk menitipkan beberapa gambar yang berkesempatan saya ambil sewaktu di sana pada umrah yang lepas. Semoga gambar2 ini memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada sahabat2 semua untuk memasang niat & tekad daripada sekarang. Sesiapa yang sudah cukup berkemampuan untuk ke sana, jom daftar segera selagi masa & peluang masih ada di depan mata. Tunaikanlah kewajipan ke-5 ni seawal yang mungkin selagi masih dikurniakan nikmat sihat dariNYA. Sentiasa memohon semoga ALLAH memilih kita untuk menjadi salah seorang tetamuNYA yang mulia di sana. Aamin Ya Rabb~


Beginilah rutin syabab2 Makkah setiap pagi.
Khusyu' mengikuti pengajian bersama guru2 mereka.
Allah.. Allah..


Inilah kawasan solat untuk muslimat di tingkat bawah
First come first serve kalau nak solat berhampiran dengan ka'abah!

Nampak bekas-bekas yang bersusun di tepi2 laluan tu? 
Itulah air zam2.
Yang ada takde tulisan biru kat atas tu sejuk seperti ais =)
~Subhanallah~


Kami di puncak Jabal Rahmah
Semoga Allah makbulkan doa kami ^_^
Allahumma nastajib du'aana, 
Ya Rabbana~

Inilah keadaan Bukit Safa setelah dinaik taraf.
Kawasan bukit terpaksa dipagar oleh kerajaan Arab Saudi
disebabkan ada yang terlalu taksub pada bukit ini.
 

Kami di Bukit Marwah.
Selepas tahallul, berkesempatan naik di atas bukit ini.








Nampak batu tu seperti basah kan?
Tapi kering je sebenarnya.
~Subhanallah~







^ANTARA PEMBANGUNAN DI MAKKATUL MUKARRAMAH^



Meniti kemudahah::Keretapi Masyair~'Arafah-Muzdalifah-Mina

Laluan keretapi sedang dalam pembinaan 
pada bulan April lepas.
Alhamdulillah, dikhabarkan musim haji tahun ini 
sudah mula beroperasi, 
tapi dibenarkan untuk orang Arab sahaja pada tahun ni. 
InsyaALLAH tahun hadapan boleh menampung semua jemaah haji.~

Inilah kawasan melontar jamrah. 
Sehingga sekarang, sudah 5 tingkat dibina 
bg memudahkan ibadah melontar pada musim haji.

Yang memutih itu adalah khemah2 penginapan jemaah haji. 
Dari tepi jalan kita boleh lihat atap2 khemah yang memutih. Allah.. Allah..





LAMBANG KEAGUNGANMU, 
YA ILLAHI...

*~Jemputlah daku menjadi tetamuMU~*






Monday, September 27, 2010

~*Biarlah Rahsia, Kerana Rahsiaku RahsiaNYA*~

PhotobucketHari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

Siapakah pemberi itu? Apakah tandanya?

 "innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Liang lahad bersedia menjemput...

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

 "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

(^_^)Terima kasih Sarah atas perkongsian yang sangat menyentuh jiwa & menyedarkan diri ini tatkala terleka dengan nikmat dunia & kalah dgn ujian dariNYA~

Buku yang dicari bagi mempersiapkan diri untuk dikhitbah

 Semoga semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini...
Sudahkah kita bersedia untuk  
BERKHITBAH DENGAN KEMATIAN??? 









 

Followers