*~Jiilul Quran~*

Thursday, March 5, 2009

~::Ya ALLAH, Jahilnya diri ini::~

PhotobucketAlhamdulillah, final exam dah pun berakhir. Agak banyak masa kosong yang kadang-kadang dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.Astaghfirullah... Tapi alhamdulillah, Allah banyak beri kesedaran pada saya untuk menggunakan masa lapang yang ada ini dengan sebaiknya. Tak kurang penting juga keterikatan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang tidak pernah lupa akan sahabat mereka yang lalai lagi leka ni. Mereka selalu ingatkan saya untuk penuhkan dada dengan ilmu. Bak kata K.Syuhada, nak tambah thaqafah dalam diri. Betul tu. Kita ni insan yang kerdil lagi hina. Hanya ALLAH yang mempunyai ilmu mutlak tentang alam ini dan segala isinya. Jadi, adakah kita ingin menjadi insan yang sombong dan bongkak, yang tak mahu mencari ilmu ALLAH??? Sahabat-sahabat bolehlah renung-renung dan fikir-fikirkan ye...

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi hidayah dan membuka lagi pintu hati hambanya ini untuk menuntut ilmu, bukan ilmu tambahan, tapi asas, iaitu ilmu aqidah. Kerana ilmu asas inilah yang ramai antara kita terlepas pandang. Masa yang ada selepas exam berakhir ini banyak dipenuhkan dengan majlis ilmu untuk mengaji bab-bab aqidah. Tapi ape yang agak menyedihkan kami di sini, kami tidak sempat untuk menghabiskan semua tajuk, yakni semua sifat ALLAH. Kami hanya dapat mengaji 6 tajuk, iaitu sampai tajuk wahdaniyah je. Masa yang kami ada agak terbatas, kerana masing-masing ada yang belum habis exam, dan tambahan pula dah nak dekat cuti ni. Apa yang lebih merisaukan kami, siapa lagi yang dapat menggantikan Ust. Abdullah selepas ini? Ustaz dah nak masuk Gombak. Harap-harapnya kepada sahabat-sahabat muslimin yang pernah menuntut di sekolah pondok dulu, ataupun sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang ilmu aqidah ini bolehla meneruskan kuliah ni pada semester depan. Ilmu ini penting untuk kita faham dan faqih kerana jika tak faham,"TOK SOH aqidah kita", bak kata Ust. Abdullah.

Perkara ini saya sedar setelah mengikuti kuliah Ust. Abdullah, insan yang tidak lokek ilmu yang beliau ada dengan kami semua. Kelas pengajian kitab 'Misbahul Munir' banyak memberi saya kesedaran bahawa ramai antara kita tidak sedar bahawa aqidah kita tidak sesempurna mana lagi. Yelah, ramai yang beranggapan bahawa aqidah mereka telah sempurna bila bersyahadah dan percaya dengan yakin kalimah Lailahaillallah. Tapi hakikatnya, kita masih lagi bergelar seorang muslim yang tidak sempurna aqidah. Kita tidak mengkaji secara detail sifat-sifat yang ada pada ALLAH. Walaubagaimanapun, saya agak terkilan, sebabnya saya tak dapat mengikuti kelas kitab ni sejak dari awal ia dijalankan. Bukan sengaja tak mahu pergi, tapi atas beberapa musyaqqah yang tak dapat dielakkan contohnya balik rumah.(Tapi saya bukan homesick ye).
Agak banyak tertinggal tajuk-tajuk yang lepas. Tapi alhamdulillah kelas terakhir hari selasa lepas, Ust. Abdullah bentangkan tajuk dari awal guna multimedia presentation. Ustaz pun nak buktikan yang nak berda'wah ni bukan terhad pada kertas, pen, marker, dan whiteboard je.
Ustaz kata kita kene profesional, kalau orang suruh kita ceramah pakai baju kot, kita pakai.
Di sini membuktikan bahawa kita bukanlah ummat Islam yang rigid, yang mundur ke belakang, yang tak ikut kemajuan teknologi. Kita juga boleh mengikut pembangunan syaratnya mestilah selari dengan syariat Islam. Bukan Islam mengikut perkembangan dan kemajuan(Islam Hadhari).

Daripada slide show tu, alhamdulillah kami semua dapat kefahaman yang lebih jelas. Bila belajar bab aqidah ni, baru tahu macam-macam. Sebelum ni tak pernah terfikir dan faham macam mane yang saya fikir dan faham lepas ikut kuliyah ustaz. Syukur pada ALLAH sebab menjadikan saya salah seorang insan yang terpilih untuk mengikuti majlis ilmu ini. Syukran jazilan juga pada ustaz yang tidak lokek untuk berrkongsi ilmu dengan kami semua. Pada sahabat-sahabat, terima kasih kerana concern terhadap sahabat kalian ini.

Masa tidak mengizinkan saya untuk menaip lebih panjang. Ada tanggungjawab lain pula lepas ini. InsyaALLAH, ada masa nanti saya sambung semula blog ini.Nanti saya ingin kongsikan apa yang kami dapat dari kuliah yang telah kami ikuti. Akhir kata, tuntutlah ilmu selagi mana hayat masih ada. Sedarlah bahawa kita ini masih jahil dan perlu belajar lagi banyak. Perkukuhkan ilmu yang asas terlebih dahulu kerana kalau tak faqih ilmu asas, macam mane nak faqih ilmu-ilmu lain kan? Percayalah, hakikat manusia yang jahil ni, makin kita belajar, makin kita tak tahu. Bak kata Ust. Abdullah hari tu, kalau nak cari pasangan nanti, cari yang faham ilmu asas ni. Kurang-kurang bila salah seorang tahu, boleh bimbing pasangan die. Tapi kalau dua-dua tak tahu, terus out dua-dua ni. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, kita jangan lihat kata-kata ustaz tadi dari maksud luaran, kita tengok dari masud dalamannya. Maksud yang saya faham adalah, kita tak kira muslimin atau muslimat, dua-dua wajib belajar ilmu asas ini. Yelah, kalau kita tak belajar kita tak tahu, bile tak tahu, aqidah kita tak sempurna, bile aqidah tak sempurna, iman kita takkan sempurna juga. Jadi, macam mana kita nak lahirkan anak-anak yang beriman???

Renung-renung dan fikir-fikirkan...

Tuesday, March 3, 2009

~::Muhasabah Cinta::~

~Muhasabah buat diriku…

~Kuatkanlah hamba-Mu ini, ya Allah…

~Pinjamkan semula kekuatan-Mu pada hamba yang hina ini…

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~::Kembalikan Semangatku::~

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkannya hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut: 2-3)

“Along, dah pg masjid ke? nak pg same2 blh?” Itulah mesej yang saya terima dari seorang insan yang bernama sahabat, Zuhaira. Memang dah lama sangat tak duduk makan, berborak sekali dengan Zu, atas kesibukan kerja. Rindu yang teramat sangat. Saya pun memang niat nak pergi sekali dengan Zu. Indahnya dapat hadir ke majlis ilmu yang saya kira insyaALLAH dapat memberi banyak ilmu baru berkenaan aqidah salafiah wahabiah. Jangan salah tafsirkan maksud kata-kata saya tadi. Maksud saya penting untuk mendalami ilmu sebegini supaya kita dapat berjaga-jaga agar aqidah kita yang satu sentiasa terpelihara. Sewaktu baru nak memulakan bicara dengan Zu, tiba-tiba tertera ‘Luvly Mom’ di skrin telefon saya. Dengan excitednya saya menjawab panggilan mak. Soalan biasa yang akan saya tanya, biasalah, “mak abah sihat?”. Memang saya tak dapat meneka apakah tujuan mak menelefon saya waktu itu. Agak lama mak diam tanpa berkata apa-apa. Saya dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Tiba-tiba mak bersuara dengan suara yang agak tinggi. Bagi saya bukanlah marah, tapi tegas. Mak memulakan bicara dengan kata-katanya “mak nak pesan ni…”

“Nurul jangan lagi keluar sorang-sorang. Tau tak bahaya? Awak tu perempuan. Lagi-lagi sekarang ni banyak berita-berita tak elok. Mak tak nak cakap, kalau mak cakap, itu doa mak untuk Nurul. Tapi mak cakap ni bukan mak nak doakan yang tak baik, tapi nak bagi Nurul hati-hati. Kan mak dah banyak kali nasihat, jangan keluar sorang-sorang, tapi mak nasihat elok-elok, Nurul tak nak dengar”. Masya ALLAH, saya hanya mampu mendengar kata-kata mak. Setitis demi setitis air mata ni mengalir. Dalam hati ini, “Ya ALLAH mcm mane aku nak terangkan dekat mak ni… Dua minggu lepas saya pergi Seremban untuk menghadiri satu program bersama adik-adik SHAMS. Sewaktu pulang dari program tersebut, memang saya sorang-sorang dari Seremban. Sahabat-sahabat lain masing-masing tak dapat pulang sekali, disebabkan ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Sewaktu berada dalam train, tiba-tiba B.Pis telefon. Rupa-rupanya B.Pis nak datang UIA nak hantar duit. Tapi waktu itu saya masih lagi di Seremban. Jadi saya pun minta B.Pis jemput saya di KTM Nilai. Lebih kurang jam 6.00 petang baru saya sampai di Nilai. Dan tak berapa lama lepas tu, B.Pis sampai. B.Pis dan K.Pae terkejut sangat bila dengar saya beritahu saya sorang-sorang dari Seremban. B.Pis agak marah juga, yelah, dah senja macam tu, balik sorang-sorang. Macam-macam benda boleh jadi. Bila mak abah tau je perkara tu, setiap kali mak abah telefon, mesti akan bagi pesanan terakhir sebelum letak telefon,” ingat, jangan keluar sorang-sorang lagi”.

“Mak teruskan lagi kata-kata.” Sejak B.Pis cerita dekat mak hari tu, mak tak senang duduk, asyik fikirkan Nurul je. Mak abah risau, Nurul tau tak? Dua tiga hari ni mak tak dapat tidur fikirkan benda ni. Nurul senang hati je keluar sana sini”. Ya ALLAH, mak… Kenapa mak fikir macam ni? Saya mencelah, ” Ya ALLAH, mak.. Nurul pergi Seremban bukan suka-suka, mak. Nurul turun sekolah, tolong adik-adik SHAMS. Mak tak percayakan Nurul lagi ke? Nurul buat benda baik mak, bukan buat benda bukan-bukan”. Saya dah tak mampu nak teruskan lagi kata-kata. Air mata ni mencurah-curah turun.

Hati saya ni bertambah serba salah bila dengar tangisan seorang ibu, walaupun tak nampak di mata, tapi dengar tangisan je dah cukup membuatkan saya rasa berdosa pada dua insan yang saya sayangi ni. Mak sambung lagi.”Mak tau Nurul pergi buat kerja untuk Islam. Mak bukan marah buat kerja tu, tapi sorang-sorang tu yang mak tak bagi. Bahaya, Nurul… Tapi kalau Nurul degil juga, buat lagi lepas ni, kalau jadi apa-apa, mak tak nak tanggung. Tolongla Nurul, dengar cakap mak abah sementara mak abah masih hidup ni. Mak abah sayang Nurul, sebab tu mak pesan ni. Nurul tau tak dalam ramai-ramai anak yang mak ada ni, mak anggap Nurul anak yang paling baik. Banyak kongsi ilmu dengan mak abah, adik beradik lain. Kalau andai kata jadi benda yang tak baik dekat Nurul, mana lagi anak yang mak nak harapkan? Ya Allah, tersentuh hati saya mendengar pengakuan mak. Saya sedar sekarang, apa yang mak cakapkan dari awal tadi, bukanlah membuta tuli tanpa sebab tapi kerana sayang. Memang setiap apa yang mak katakan tadi membuatkan hati saya sedih sangat, sampai saya rasa dah hilang semangat untuk teruskan kerja-kerja Islam macam apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya rasa saya hilang segala semangat dan kekuatan yang pernah ALLAH pinjamkan sebelum ini. Ya ALLAH, bantulah hambamu yang hina dan lemah ini, ya ALLAH….

Secara jujur saya katakan, selama mana saya hidup di dunia ini, inilah pengakuan tulus yang saya terima dari seorang insan bergelar mak. Mak, terima kasih mak…. Walau macam mana sekalipun, masih ada sesuatu yang masih terbuku dalam hati ni. Bukan perasaan marah atau kecil hati, tapi masih tersimpan lagi hasrat untuk menerangkan segala-galanya yang mak dan abah masih tidak faham tentang apa yang saya lakukan sekarang. Bagi saya ini amat penting, kerana selagi mana mak dan abah tidak jelas dengan tanggungjawab yang dipikul oleh anak bongsu mereka ini, selagi itulah saya akan berhadapan dengan masalah untuk keluar rumah, keluar dengan tujuan yang satu, untuk membantu agama ALLAH, insyaALLAH. Di sini saya tidak menafikan bahawa sebagai seorang anak, walaupun dalam menggerakkan gerak kerja Islam, ibu bapa memang ada hak untuk mengetahui setiap perlakuan anak-anak mereka. Saya juga tidak pernah menafikan hak mak dan abah untuk tahu apa yang saya buat. Cuma mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, memberi saya pengajaran yang amat bermakna supaya beri keutamaan yang seimbang terhadap keluarga dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Teringat saya kata-kata Akh Syahir sewaktu meeting di SHAMS,” Kalau kita perlu laksanakan dua kerja dalam satu masa, pilihlah kerja yang andai kata ditakdirkan ALLAH kita mati waktu buat kerja tu, kita akan syahid di jalan ALLAH”. Dan alhamdulillah, kata-kata itulah yang menjadi prinsip hidup saya dalam menjalankan kerja da’wah ini. Teringat juga kata-kata Akh Syahir ketika berusroh di SHAMS dulu, “Ana tak ada kereta nak bergerak ke sana ke sini untuk buat kerja ni, ana ada motor je. Tapi ana niatkan setiap kali ana pulas handle motor ni semuanya kerana ALLAH. Semoga ALLAH terima apa yang ana kerjakan ni”. MasyaALLAH, tingginya tadhiyah Akh Syahir. Mampukah saya juga tanamkan semangat yang begitu tinggi dalam diri ini, ya ALLAH??? Tapi, sejak dari hari tu, setiap apa jua yang saya lakukan, saya hanya berserah pada ALLAH. Apa yang ALLAH nak takdirkan untuk saya, saya redha. Sebab itulah kalau saya keluar sorang-sorang pun, saya cuba untuk buang perasaan takut. Bukan bermakna saya tak berhati-hati, tak jaga diri dengan baik. Tapi, selebihnya saya hanya tawakkal pada ALLAH, untuk menentukan yang terbaik untuk diri hamba-Nya ini.

Kepada mak dan abah….Terima kasih yang tak terhingga kerana mendidik anakmu ini sehingga berjaya sampai ke hari ini. Syukur ke hadrat ALLAH juga kerana mak dan abah telah mendidik kami dengan didikan agama yang sempurna. Walaubagaimanapun, Nurul mohon ampun dan maaf atas segala tingkah laku Nurul yang membuatkan mak abah tak senang hati, terguris, terluka dan sebagainya. Nurul akui, Nurul belum mampu jadi anak yang terbaik untuk mak dan abah. Tapi apa yang Nurul buat sekarang ni, hanyalah satu niat Nurul, supaya mak dan abah juga dapat merasai manfaatnya dunia dan akhirat. Mak, abah… Doakan anakmu ini menjadi anak yang solehah dan mujahidah fiddin….

“Ya ALLAH, sesungguhnya hamba-Mu ini sering lalai dan leka. Engkau ingatkanlah daku dengan peringatan-peringatan yang baik, agar hamba-Mu ini dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan demi menjadi seorang insan bergelar mu’min yang sejati….”

~::Kemanisan Berusroh::~

“Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.” (Surah Al-Maidah : 54)

Kem Latihan Nuqaba’ (KLANA) adalah program tahunan yang akan dikelolakan oleh pihak Alumni BADAR SMKA SHAMS. Dan alhamdulillah, pada tahun ini program ini telah berjaya diadakan lagi sekali. Bemula 6 hingga 8 februari yang lepas, kami dari pihak alumni bersama-sama turun padang untuk membantu adik-adik nuqaba’ dan naqibat. MasyaALLAH, alangkah tenangnya hati kami apabila melihat wajah-wajah penyambung warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. Muka yang penuh dengan harapan dan cita-cita untuk mengembalikan sinar kegemilangan SHAMS suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan, masih banyak masalah yang berlaku di SHAMS yang kadang kala membuatkan ustaz dan ustazah pening memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluar dari tampuk masalah tersebut. Jadi, wahai nuqaba’ yang dikasihi sekalian, tunaikanlah tanggungjawab yang telah ditaklifkan ini sebaik yang mungkin. Ingatlah, tunaikanlah tugas kalian seikhlas yang mungkin kerana Allah akan menilai setiap apa yang kalian lakukan bukan apakah hasil yang kalian perolehi.

Teramatlah manis tatkala teringat zaman saya dan sahabat-sahabat seperjuangan lain menyertai program yang sama. Terdetik di hati, ” Cepatnya masa berlalu. Dulu aku yang duduk di tempat adik-adik duduk sekarang, tapi sekarang aku yang berdiri untuk berkongsi ilmu bersama mereka.” Indahnya aturan ALLAH…

Pertama sekali elemen yang sangat penting untuk menjadi seorang naqib atau naqibah ialah, individu tyersebut perlu faham apakah tanggungjawab mereka dalam usroh itu sendiri. Bukan sekadar berbangga dengan title ‘naqib’ atau ‘naqibah’ yang dipegang, tetapi perlu faham apakah sebenarnya yang kita perlu lakukan. Saya sendiri akui bahawa melakukan tugas tarbiyah ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ingin saya kongsikan kata-kata Akh Syahir dalam ceramah yang disampaikan sewaktu program tersebut, “Untuk menjadi seorang naqib yang berjaya, kita perlu melakar startegi iaitu bersedia dari segi mental dan fizikal, spiritual, dan emosi. Seorang naqib juga perlu membuat rujukan dan cari kaedah yang terbaik dan berkesan dalam melaksanakan usroh, contohnya belanja makan, dudk bediskusi bersama dan banyak lagi. Sentiasa follow up ahli usroh dan yang paling penting untuk menarik minat ahli usroh, seorang naqib perlu mempelbagaikan method usroh.” Agak geli hati juga ketika menonton sketsa yang sempat dirakamkan oleh fasilitator muslimin (Akh Syahir,akh Luqman, akh Taufiq dan sahabat ana sendiri, Abdul Rahman). Tetapi dalam pada gelak-gelak melihat telatah ahli-ahli usroh yang pelbagai itu, terselit input-inputyang bermanfaat yang boleh diambil oleh semua yang menonton sketsa tersebut. Mahu tidak mahu, memang itulah realiti yang terjadi di luar. Rata-rata ramai yang menganggap usroh ini satu perkara yang membosankan. Mereka meletakkan satu persepsi negatif bahawa usroh ini adalah satu sesi untuk duduk dalam halaqah (bulatan), buka buku syllabus, dan naqib sahaja yang boleh bersuara.Teringat kata-kata seorang ahli usroh saya sewaktu program tersebut, “Diaorang ni lagi suka kalau tak ada usroh. Yelah, dengar je kalau ada announcement bagitau usroh batal, punyalah ramai bersorak.” Serentak semua ahli usroh saya yang lain ketawa sambil mengiakan apa yang Jannah katakan. Tapi memang itulah hakikatnya. Jadi, bangkitlah wahai nuqaba’, ubah mentaliti negatif mereka!

Para nuqaba’ yang dirahmati ALLAH, sedarlah usroh itu sebenarnya bermula dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr dan berakhir dengan surah Al- Fatihah. Ini bermakna usroh itu bukanlah satu perkara yang formal. Usroh boleh dilakukan dengan makan-makan, borak-borak (yang bermanfaat ye, bukan yang lagha ;) ) dan boleh juga dipelbagaikan mengikut kreativiti naqib itu sendiri. Nak dipendekkan cerita, untuk menimbulkan minat seseorang ahli usroh pada usroh yang kita bawa, adalah bermula pada diri kita sendiri. Kita perlu kerja keras sedikit untuk mencari bahan-bahan yang menarik untuk dikongsi bersama ataupun memerlukan kita untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk belanja ahli usroh kita. Anggaplah itu hanyalah satu pengorbanan yang teramat kecil dalam menjayakan proses tarbiyah ini. Satu TIPS yang mungkin boleh diguna pakai oleh nuqaba’ semua, apabila kita belanja ahli usroh kita makan, titipkanlah doa-doa yang dapat mengikat hati kita bersamanya. InsyaALLAH, kita akan dapat rasakan satu ruh ukhuwah yang sangat luar biasa! Selamat mencuba!!!

Ingin saya kongsikan bahawa hanya KEMANISAN yang kami rasai semasa berada dalam usroh yang dipimpin oleh K.Saadah. Sahabat-sahabat seusroh yang sangat dirindui, (Fatin, Aida, Najibah, Najihah, Aminah, Faezah, Liyana, ‘Afifah dan Sarah). Mungkin itulah yang K.Saadah lakukan. Walaupun usroh kami hanya di foodcourt, Jusco, tapi kami merasakan satu ruh ukhuwah yang sangat luar biasa. Kadangkala, bila lama kami tidak berusroh, masing-masing akan mesej untuk menetapkan tarikh usroh yang sesuai, memandangkan kami semua sudah berada di IPT. Bagi saya sendiri, inilah usroh yang saya rasa berjaya sehingga ke hari ini. Suka dan duka kami kongsi bersama. Rahsia juga kami kongsi bersama. Kerana itulah perasaan percaya satu sama lain sangat penting kerana apabila lahir perasaan itu, barulah lahirnya sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang saya katakan ini bukanlah nak menunjukkan bahawa usroh saya berjaya seperti apa yang saya ceritakan di atas, tapi jauh di sudut hati saya, ingin melihat bahawa usroh ini menjadi satu wadah tarbiyah yang terbaik untuk semua pelajar terutamanya di sekolah-sekolah. Dengan usrohlah pelajar-pelajar dapat berkongsi ilmu dan maklumat yang sudah tentunya bermanfaat. Tambahan lagi, usroh juga adalah satu medan untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita yang kadang kala kita tidak sedar akan kesalahan yang kita buat tetapi dengan adanya sahabat-sahabat seusroh yang mempunyai rasa kasih dan sayang pada kita, secara tidak langsung mereka akan menasihati kita ke arah kebaikan.

Di sini juga saya sesekali tidak mengenepikan prioriti ‘usroh darah daging’ iaitu keluarga sendiri kerana untuk melahirkan usroh luaran yang mantap, mahabbah yang kukuh perlu dibina dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat dahulu. Saya amat yakin dan percaya bahawa pembaca semua mengimpikan sebuah baitul muslim yang bahagia bukan? Cuba kita bayangkan kita mempunyai sebuah baitul muslim yang disuntik dengan fikrah Islam, sudah tentu kita akan hidup dalam biah Islam yang syumul. Dan insyaAllah, dengan izin-Nya dapat kita didik generasi-generasi penyambung wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dengan didikan yang sempurna. Dengan cara ini, dapat memudahkan dan melancarkan lagi proses tarbiyah. Hendak atau tidak proses tarbiyah itu perlu mengikut tahap-tahap yang telah digariskan iaitu hendaklah bermula dengan fardhul muslim, kemudian bina pula baitul muslim, setelah itu barulah mudah untuk kita bina mujtama’ muslim. Dengan adanya masyarakat yang berfikrah Islam yang sebenar, akan mudahlah proses untuk mewujudkan sebuah daulah Islam. Dan akhirnya, matlamat yang ingin kita tuju bersama, iaitu khilafah Islamiah. Andai tercicir salah satu daripadanya, maka tidak akan sampailah kita pada matlamat yang kita ingini tadi.

Kepada adik-adik usroh yang disayangi dan dirindui, doa akak hanyalah satu. Semoga adik-adik sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH sentiasa, dan diberikan kudrat serta kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini. Kepada Fatin, akak bangga dengan ruhuljadid yang ada pada diri Fatin. Harapan akak semoga ruhuljadid itu sentiasa segar dalam diri Fatin. Buat Latifah, semoga tabah dan kuat menghadapi segala ujian dan mehnah dalam jalan juang ini. Buat Jannah, bantulah sahabat-sahabat lain untuk melaksanakan amanah Allah ini. Kongsikan segala apa yang Jannah dah buat dalam usroh dengan sahabat. Buat Ain, jangan jemu untuk memberi semangat dan sorongan kepada sahabat-sahabat lain. Semoga dengan semangat yang disuntik dapat memberi ruhuljadid seperti apa yang Fatin dapat dari adik-adik. Kepada Mawaddah, gunakanlah segala kelebihan yang Mawaddah ada untuk bantu kerja-kerja da’wah sahabat-sahabat seperjuangan. Buat Salina, jangan rasa down walaupun ada masalah dalam usroh Salina. Yakinlah, sahabat-sahabat lain sentiasa ada di belakang untuk beri sokongan dan semangat. Buat Syakirah, Berusahalah semaksima mungkin untuk capai apa yang Syakirah mahukan. Buatlah perubahan yang dapat melicinkan lagi usroh adik-adik semua.

“Allahumma ya muqallibal qulub thabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala tho’atik….”

Semoga Allah memberkati segala apa yang kita kerjakan. Semuanya kerana ALLAH, insyaALLAH…..


~::Mangsa La'natullah::~

“Info Palestin : 4/1/2009,

1)Seorang lagi pemerintah tentera Hamas, Mohd Al-Jammal telah syahid

2)Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak,berkata rejim zionis akan teruskan serangan di Gaza sehingga matlamat tercapai.

3)Presiden Mesir, Husni Mubarak menegaskan bahawa sempadan lintasan Rafahuntuk bantuan kemanusiaan tidak akan dibuka tanpa persetujuan Israel.

4)10,000 tentera Israel yang kini berada di sempadan bersiap serang Gaza bila-bila masa.”

Begitulah bunyi mesej yang diforwardkan kepada saya oleh sahabat seperjuangan, Fatin. Mesej yang saya terima tadi sungguh menyentuh hati kita sebagai ummat Islam yang peka terhadap kesengsaraan ummat Islam di Palestin.

Saya bacakan mesej itu kepada sahabat-sahabat sebilik saya. Alhamdulillah, ramai yang sensitif terhadap berita ini. Ramai yang memberi reaksi marah dan kesal terhadap serangan yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel. Saya tertarik dengan pendapat seorang sahabat saya, Afi yang menyatakan “Kalau macam ni keadaannya, kita tak boleh lagi hanya menghulurkan bantuan dengan sampaikan duit, pakaian, dan makanan untuk tolong ummat Islam di Palestin. Sepatutnya sekarang ni kita cari jalan untuk sekat pergerakan Israel yang sedang melancarkan serangan terhadap seluruh ummat Islam, tak kiralah kat mana-mana pun. Selagi kita tak halang, selagi tulah dia bermaharajalela.” Saya amat menyokong kata-kata Afi.

Tambah lagi seorang teman lain, Nawal. “Kita sepatutnya kena sama-sama usaha boikot produk-produk dari Israel. Kalau tak silap saya, Colgate pun produk dari Israel, kan?” Kami semua mengangguk tanda setuju.”A’ahla, saya sendiri guna pencuci muka Clean & Clear. Itu pun salah satu produk ‘dia’ juga.” Baru saya tersedar setelah sekian lama menjadi ‘pengguna setia’ produk Israel ini. Masya ALLAH… Betul kata Nawal tadi. Kita boleh bantu melumpuhkan pergerakan mereka dengan memboikot produk keluaran Amerika Syarikat. Perlu juga diingatkan bahawa Israel bukan sahaja mengeluarkan produk, tetapi francais yang wujud di negara kita seperti KFC dan Mc Donald adalah saluran utama yang membantu pergerakan mereka. Tanpa kita sedari, cuba kita hitung semula, entah berapa banyak duit yang telah kita laburkan dan sumbang untuk menjayakan serangan terhadap negara-negara Islam??? Secara tidak sedar, sebenarnya kita telah menjadi penyumbang terhadap kemusnahan hidup saudara-saudara seIslam kita di luar sana! Betapa zalimnya kita, wahai ummat Islam sekalian. SEDARLAH!!!

6 HARI SERANGAN ISRAEL, SUDAH 8 MASJID HANCUR

Setelah serangan Israel terhadap Gaza memasuki hari ke 6, sudah 600 sasaran dihancurkan oleh Israel, termasuk beberapa masjid, perumahan, yayasan sosial dan pejabat-pejabat kemanan, sejak hari Sabtu lalu. Israel telah menghancurkan 8 masjid di Gaza. Masjid Umar bin Al Khattab, beserta taman kanak-kana yang berada di kompleksnya, yang berada di tengah-tengah Gaza, salah satu sasaran yang telah lumat oleh bom Israel. Masjid lain yang berhasil dihancurkan juga adalah masjid Syifa, masjid Al Qassam, masjid Ibad Arrahman, masjid Imad Aql, masjid Abu Bakar As Siddiq, masjid Al Istiqamah, serta masjid Hanifah bin An Nu’man. Dan pada hari ke 4 serangan, Israel telah menyerang kompleks Universiti Islam Gaza. Kelas unutk mahasiswi, ruang ujian serta ruang mu’tamar telah rata dengan runtuhan tanah.


Runtuhan Masjid

SENJATA ISRAEL

Hingga kini Israel masih mengendalikan pesawat tempur F-16 buatan Amerika dan pesawat tanpa awak jenis Predator yang juga buatan negara sekutunya itu, dalam melakukan serangan udara. Bom GBU-39 buatan Amerika yang juga senjata utama Israel dalam operasi pembantaian kali ini adalah bantuan dari Amerika. Koran Ma’ariv Israel pada hari Khamis (1/1/2009) memberitakan bahawa Israel telah membelanjakan sekitar 100 juta shekel (sekitar 300 milyar rupiah) setiap hari. Dimana dengan adanya serangan roket Israel telah menutup 80 pabrik, yang menyebabkan Israel menderita kerugian sebesar 4 juta shekel setiap hari, atau sekitar 1.2 trilyun rupiah.

Senjata Israel

Senjata Israel

Jesteru itu, apakah tindakan yang wajar kita lakukan sebagai ummat Islam yang mengasihi saudaranya sendiri? Sewaktu menulis blog ini, saya terbaca e-mail yang dikirim oleh Ustazah Mariatul Qibtiah. Ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana kerana saya amat tertarik dengan kata-kata ustazah yang saya kira dapat memberi kesedaran dan memuhasabah kembali diri kita. ” Cuba bayangkan kita sanggup meratah ayam McD, seolah olah kita meratah daging saudara kita sendiri. Sanggup minum Coca Cola atau minuman Nestle yg nyaman, seolah-olah menghirup darah saudara kita di palestin apatah lagi setiap kepingan biskut Chipsmore, seolah-olah membeli sebutir peluru utk membunuh saudara kita.” Saya begitu tersentuh ketika membaca dan menghayati maksud yang cuba disampaikan oleh ustazah. Saya amat berharap agar sahabat-sahabat yang membaca kata-kata ini dapat merasai perasaan yang sama.

Mari kita sama-sama hayati video yang sempat saya kongsikan bersama ini.

Di sebalik kesedihan yang menghantui kita semua, terselit rasa kagum dan bangga dengan semangat yang ada pada Hamas. Berita Arrahmah ada melaporkan, pembantaian yang dilakukan Israel di Gaza yang menewaskan lebih dari 155 orang dan melukai lebih dari 300 lainnya, tidak membuat perlawanan surut. Hamas tidak tinggal diam, mereka langsung membalas serangan udara oleh Israel tersebut dengan menembakkan roket-roket Qassam ke wilayah Israel. Seorang warga Israel dikabarkan tewas dan empat lainnya terluka akibat serangan roket itu. Tertarik dengan kata-kata seorang jurubicara, “Hamas akan terus melakukan perlawanan sampai titik darah yang terakhir,” kata jurubicara Fawzi Barhoum.

Tambakan Roket-roket Qassam

Tambakan Roket-roket Qassam

Betapa kentalnya semangat jihad mereka tanpa ada sedikit pun rasa gentar dan sanggup mengorbankan segala-galanya demi mempertahankan keamanan negara mereka.

Saya kira semua antara kita maklum bahawa di negara kita memang sukar untuk menjalankan demonstrasi jika dibandingkan dengan negara-negara timur tengah seperti Jordan, Mesir dan Morocco. Tapi adakah itu menjadi penghalang untuk kita terus berdoa dan membantu sedaya mana yang kita termampu? Marilah kita sama-sama berdoa, menunaikan solat hajat, bacaan yasin, bacaan qunut nazilah dan apa sahaja usaha yang dapat menyelamatkan saudara-saudara kita daripada terus ditindas.

Di sini saya sertakan bacaan qunut nazilah. Dan saya berharap agar kita sama-sama dapat melaksanakannya seikhlas mungkin.

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

InsyaALLAH, jika ada berkatnya, semoga ALLAH memakbulkan doa-doa kita semua…

Aamiin ya Rabbal ‘alamin….

~::Nukilanku::~

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga blog yang ditunggu-tunggu kemunculannya selama ini. Setelah berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan untuk menyiapkan blog ini, alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk menulis di blog sendiri. Blog yang dibina ini bukanlah atas tujuan atau disebabkan kami sebagai ahli assoff telah dipertanggunjawabkan dengan satu task yang kami kira pada mulanya agak berat. Tetapi atas dasar minat yang lahir setelah ‘menggodam’ blog-blog sahabat yang mana mereka telah lama menapak di tapak blog sendiri. Teringat pada kata-kata seorang sahabat assoff, akmal hakim, “tengok, tengok juga blog orang lain, tapi kita kena mulakan menulis di atas blog sendiri. Kita akan rasa kepuasan dan kelainan apabila menulis dan apabila melihat hasilnya nanti.

Benarlah kata-kata hakim tadi. Sebenarnya menulis coretan hidup kita di atas blog sendiri cukup memberi kepuasan dan kelainan yang tersendiri. Selain itu, kita juga dapat mengasah bakat penulisan kita yang mungkin selama ini terpendam tanpa ada sesiapa mencungkilnya. Kita mahu tunggu siapa lagi untuk mencungkilnya, kalau bukan diri kita sendiri? Walaupun kita tidak mampu menjadi seorang penulis sehebat Faisal Tehrani, Zaid Akhtar tetapi sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi pengalaman dan ilmu sedikit sebanyak dengan sahabat-sahabat seperjuangan khususnya, dan masyarakat luar umumnya, insyaALLAH. Itulah harapan dan matlamat yang ingin saya gapai apabila mula menulis blog ini.

Untuk memulakan penulisan, saya yakin dan percaya bahawa pembacaan adalah satu proses yang banyak membantu kita untuk lebih ‘mantop’(bak kata kata Ustaz Zamri,Mari Mengaji) dalam penulisan. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan bacaan dalam bentuk ilmiah supaya sedikit sebanyak dapat membantu kita mengorak langkah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Kepada sahabat-sahabiah seperjuangan yang bergerak dalam assoff, marilah kita sama-sama menjayakan task yang sudah sekian lama diberikan ini dengan berperingkat-peringkat. Saya akui, untuk menghasilkan tapak blog sendiri bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi yakin dan percayalah, semuanya atas kemahuan sendiri. Bak kata pepatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Rasailah keunikan dengan menulis!

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

Di samping kita memperjuangkan Islam, kita juga patut mengikut peredaran zaman teknologi yang serba canggih. Semuanya di hujung jari anda…Ehh, macam tagline iklan pulak. Kita kena buktikan kepada masyarakat luar sana, bahawa orang yang bertudung labuh, berkopiah bukan hanya mementingkan amal ibadat sahaja. Kita buktikan kepada dunia bahawa golongan sebeginilah yang akan menerajui tampuk pimpinan suatu hari nanti, bukan hanya kerana kepimpinan yang ada, malah kerana kepakaran yang pelbagai yang ada dalam diri kita.

Sebagai permulaannya, kita bekalkan diri kita dengan ilmu multimedia terlebih dahulu, sebagai contoh, dengan menulis blog ini, secara tidak langsung, kita dapat menyampaikan da’wah melalui penulisan yang ‘mesra pembaca’ iaitu yang boleh di fahami dan dihayati oleh semua lapisan pembaca. Dan akhirnya nanti, kita akan dapat melihat impak yang besar yang mungkin tidak pernah kita sangka sebelum ini. Cakap banyak pun tak guna juga, seperti dalam perjuangan juga, apa yang dilihat bukanlah sekadar teori tetapi yang diukur ialah praktikalnya. Apa kata kita sama-sama cuba dan rasai sendiri.

SELAMAT MENULIS!

~::Jalinan::~

Berbelah bahagi hati ni. Serba salah pun ada juga. Mak abah telefon, b.pis dan k.ti pun mesej. Sume suruh balik serting, sebab semua berkumpul dekat rumah. Tapi dalam masa yang sama panggilan ukhuwah terlalu kuat yang membuatkan saya ’stay’ di UIA sehingga pagi ahad kerana teringin sangat jumpa sahabat-sahabat seusrah. Ya ALLAH, rindunye dekat sume, terutama sekali naqibah tersayang K. Sa’adah. Terfikir sejenak, kalau bukan hari ni aku jumpa semua, entah bila lagi dapat berkumpul. Maklum sajalah, masing-masing semakin sibuk dengan exam, K.Sa’adah pula makin sibuk megurus keluarga (suami tercinta). Akhirnya, saya bulatkan juga hati ni untuk pergi menyeru seruan ukhuwah. Bukan bermaksud mengenepikan keluarga, tapi keyakinan saya tinggi menyatakan insyaALLAH, kami sume boleh berkumpul lagi pada waktu lain. Lagipun b. pie pun tak dapat balik minggu ni.

Saya teruskan niat untuk pergi ke Seremban walaupun seorang diri dari Nilai. Awalnya agak takut juga, bukan apa, perempuan, keluar awal-awal pagi, seorang diri lagi, bahaya sebenarnya. Tapi saya nekad dan tawakkal kepada ALLAH atas segala ketentuan-NYA. Saya yakin segala aturan ALLAH adalah yang paling sempurna untuk kita. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga saya sampai di KTM Seremban. Teringat pesan sms Su (Aida) semalam, ” along,nanti tolong tunggu ezah sekali dekat terminal ye, sebab Su pergi, ayah Su hantar.” Sebaik sahaja turun dari train saya terus menelefon faezah. Nampaknya, faezah masih dalam bas. Saya janji untuk berjumpa di terminal. Tak berapa lama selepas itu, muncul faezah dengan berbaju dan bertudung purple, terserlah keayuan wanita muslimahnya. Kami bersalam dan berpelukan satu sama lain. MasyaALLAH, rindunya wahai sahabat.

Sempat juga kami berbual mengenai perkembangan masing-masing. Alhamdulillah, nampaknya semua terlibat aktif dengan jemaah kampus. Syukur Ya ALLAH! Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi. Janji nak mule usroh pukul 11. Terlintas untuk menghantar mesej kepada najibah. Macam mane kami di sini? Tak ada orang datang jemput ke nak pergi Jaya Jusco ni?; ( Terkejut saya dan Faezah. Mesej yang kami terima dari najibah berbunyi, “korang pergilah jalan-jalan dulu ke. ana tak siap bersolek lagi ni.” Dalam tersenyum, mengucap panjang saya. Teringat pula Uda (Aminah). Saya pun call uda. Ini lagi dahsyat, tak keluar dari rumah lagi! MasyaALLAH, macam-macam ragam sahabat-sahabat satu usroh saya ni. Tapi hakikatnya, itulah sebenarnya yang menceriakan usroh kami.;) Sayang korang sume!!!

Akhirnya, setelah pelbagai halangan yang kami tempuhi, sampai juga kami di JJ. Di JJ, rupa-rupanya Alang (Fatin) dan Su sudah lama menunggu kami. Nampaknya seorang lagi tak sampai, Uda. Terfikir juga, macam mana Uda nak datang JJ nanti? Kami semua dah ada dekat JJ sekarang. Tapi, takpelah, nanti mesti Uda call semula. Kami pun window shopping sekejap, sementara menunggu ‘tetamu khas’ kami. Lebih 2 jam kami menunggu di dalam foodcourt, sampai habis makanan yang ditempah, barulah Uda sampai. Rupa-rupanya Uda tumpang K.Sa’adah! Ehh, ini tidak adil! Nampaknya Uda terlebih dahulu dapat jumpa suami K.Sa’adah.

Nampaknya kerinduan masing-masing semakin terlerai sedikit demi sedikit. Tenangnya wajah naqibah kami. Dialah ikon yang ideal untuk kami contohi semangat dan kekuatannya untuk thabat di jalan ini. Atau, adakah ketenangannya itu disebabkan kehidupan yang lebih sempurna tika ini??? Hanya empunya diri yang ada jawapannnya!(jangan marah ye akak, kami tumpang gembira sebenarnya). Belum terlambat lagi saya kira jika kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada naqibah tersayang, K.Sa’adah. Kami sentiasa mendokan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

2801407385_9a62aecdf9_o2

~Selamat Pengantin Baru, buat K. Sa’adah dan Ust. Walid~

K.Sa’adah memulakan bicaranya dengan bertanya perkembangan seorang demi seorang. Kami pun berkongsi perkembangan terbaru masing-masing.Apa yang saya dapat simpulkan di sini, Najibah semakin kesunyian, adakah kesunyian kerana kehilangan orang tersayang??? Bukan, Najibah sekarang tinggal seorang diri di biliknya, kerana sahabat-sahabat lain sudah berpindah. Najihah pula semakin hampir untuk meletakkan jawatan MPP nya. Siapakah yang dapat menggantikan tempat seorang yang berjiwa besar seperti Najihah kami ini? Ada kah lagi ‘Najihah’ seperti Najihah kami ini di KMKP? Aminah pula tak habis-habis dengan kelakarnya. Tapi di sebalik gurauannya, terselit kewibawaannya untuk mentarbiyah sahabat-sahabat terdekat di USIM. Sucinya niatmu! Saya pula, tiada apa yang boleh saya coretkan. Melainkan, saya yang rindukan usroh dengan K.Mahirah. Satu kelainan yang saya dapat rasakan ialah, apabila duduk dalam usroh K. Mahirah, saya rasa tenang dan dapat lupakan sejenak masalah-masalah yang ada. Lebih meunikkan, usroh K. Mahirah same dengan usroh K. Sa’adah! Tak dapat ditafsirkan persamaan dari segi apa. Tapi itulah hakikatnya. Fatin pula, semakin nakal dengan kata-kata dan aksinya. Rasanya banyak kali juga kena cubit dengan K.Sa’adah. Itulah, nakal sangat! Teringat kata-kata K.Sa’adah, “Fatin ni, sekarang ni duk atas kerusi, jangan kejap lagi dah naik atas meja pulak.” Tergelak mendengar kata-kata tadi. Tak dapat saya bayangkan fatin yang bertudung labuh, naik atas meja??? Tapi, itulah aset yang membuatkan da’wah Fatin diterima oleh sahabat-sahabat di sekelilingnya. Dan akhir sekali, Faezah yang mendapat gelaran ‘ayu’ oleh k.Sa’adah. Faezah bercerita dengan linangan air matanya jatuh di pipi. Tapi, malangnya, kami tidak dapat mendengar dengan jelas apakah masalah sebenarnya. Ada satu kata-kata K.Sa’adah membuatkan kami teruja mendengarnya, “dalam banyak-banyak usroh yang akak ada, nilah usroh yang kekal sampai ke hari ni.” MasyaALLAH, syukrulillah…Ya ALLAH, beruntungnya kami terpilih menjadi orang-orang yang thabat di dalam usroh ini.

1_476041882l1Manisnya Berusroh!!!

seiras tapi tak serupa...

Seiras tapi tak serupa...


Usroh kami berlangsung dengan keadaan yang santai. Penuh dengan gurauan yang bermakna. Apa yang saya dapat katakan di sini, saya amat bersetuju dengan kenyataan yang sebenarnya usroh ini bermula dengan tasbih kafarah dan disudahi dengan Al-Fatihah. Wahai sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama membuka minda bahawa usroh ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang terlalu formal. Kadang kala, mind set kita yang membuatkan kita tidak berminat untuk mengikuti usroh, tidak kiralah sama ada di kampus, sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Cuba kita ubah pemikiran yang sempit tadi dengan melihat skop usroh dengan lebih global. Kita boleh jalankan usroh bersama dengan berjogging, belajar, qiamullail, dan banyak lagi yang saya pasti dan yakin bahawa sahabat-sahabat semua mempunyai idea yang lebih mantap untuk menjalinkan ukhuwah bersama. Dan yang paling mudah untuk kita semua lakukan ialah makan bersama, seperti yang kami lakukan ini. Kepada sahabat-sahabat di luar sana, marilah kita sama-sama turut serta dalam usroh kerana impaknya terlalu besar untuk kita manfaatkan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Followers