ABAH..
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
ABAH…
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
ABAH…
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
ABAH…
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terimakasih abah…..semoga Allah memberkati umur dan amalanmu..
"..KAMI SAYANG ABAH.."
SELAMAT HARI LAHIR, ABAH
14-4-1944 ~ 14-4-2011,
GENAPLAH 67 TAHUN UMUR ABAHKU INI..
Abah malu2.. "Dah tua2 pun ada kek lagi.." =) |
~Kek + Special Present~ Bak kata mak, "Serba berdiri ni.." ;p |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ya Rabbi,
berkatilah seluruh kehidupan abahku dunia & akhirat..
Kurniakanlah kesihatan & umur
untuk abahku berbakti kepada ummat & agamaMU..
Dialah insan yg sgt banyak berkorban
demi melihat anak2nya berjaya cemerlang, dunia & akhirat..
KAU ganjarilah ia dgn sebaik2 kebaikan
atas keikhlasan & kesabarannya
dlm mendidik kami anak2nya supaya menjadi
anak yg soleh & solehah.."
Aamin Ya Rabbal'alamiin~
No comments:
Post a Comment