*~Jiilul Quran~*

Friday, November 19, 2010

Saya Nak Jadi Hebat!

"Saya Hebat...
Tengok, kecik2 dah boleh terbang mcm super man!"



Saya nak jadi hebat!!! Tapi cukup ke hebat macam super man mcm baby kat atas ni? =)

Sedar ataupun tidak, sebenarnya telah tersedia satu manual atau panduan khusus buat insan yang bergelar muslim iaitu 10 MUWASAFAT TARBIYAH. Tinggal lagi usaha kita sahaja untuk ikut manual ni sebaik mungkin dengan iman, taqwa, 'aqal & kudrat kurniaan ALLAH yang Maha Pemurah ini. Inilah manual & panduan terbaik buat kita semua untuk jadi MUSLIM HEBAT & CEMERLANG!

Apa dia 10 Muwasafat Tarbiyah ini? 

Jom teliti & fahami serta amalkan bersama!~~

1) Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
~seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
~sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
~seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

2) Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
~Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
~Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

4) Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
~Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka.

5) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) 
~sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan".

 6) Menjaga Waktu (Haarithun ala Waqtihi)
 ~seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

7) Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
~seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
~Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
~seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
~seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
~dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam. 

8) Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
~Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
~perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu.

9) Bermanfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
~Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
~amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
~ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

10) Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
~pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
~seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
~seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.






~Tarbiyah Tunjang Kehidupan~
SEGALANYA BUKANLAH TARBIYAH
 TAPI
 TARBIYAH ADALAH SEGALANYA... 


'Pegang' & 'Bawa' ke mana2=)







Sunday, November 14, 2010

Penantian Menuntut Kesabaran~




PhotobucketAllah..Allah..Allah..

Alhamdulillah, diberi kesempatan & keinginan yang tinggi untuk kembali mencoretkan sesuatu di sini buat perkongsian dgn semua..

Jauh di sudut hati ni masih lagi tersimpan perasaan sedih sebab hajat masih belum kesampaian nak mendaftar untuk kerjakan haji. Pada mulanya, hati mule 'excited' bila dgr Mak cakap masa call hari tu, nak daftar kene ada paling kurang RM1300 dalam simpanan Tabung Haji. Buat masa ni alhamdulillah, simpanan sudah mencukupi untuk mendaftar. Syukur hanya padaMU atas rezekiMU buat hambaMU yang lemah ini.. Allah..Allah..

Nak dijadikan cerita, sehari selepas mule bercuti, terus ke Tabung Haji dgn Mak & Abah. Consult punye consult dgn Hj.Zulkifli (pegawai TH) merangkap sahabat baik Abah, katenye, kalau daftar sekarang, turn akan sampai selepas 24 tahun. Subhanallah, rase melayang sekejap bile dgr 24 tahun. Allah, masih ada kah umurku waktu itu? Saya pula mencelah, "ust, kalau buat rayuan agak2 paling awal dpt pergi bile ye? Hj.Zul bagi tau mungkin lagi 16 tahun lagi. Allah..Allah.. Takpe, nak merasa kemanisan yang hakiki memang menuntut kesabaran yang tinggi kan, pujuk hati sendiri.

Lepas tu, Hj. Zul check status Mak & Abah pulak. Memandangkan Mak & Abah dah kerjakan haji pada tahun 2005 & sejajar dengan peraturan baru yang dikeluarkan, Mak & Abah masih tak cukup syarat untuk daftar kali kedua sebab syarat yang dikeluarkan baru-baru ni, selepas 5 tahun dari tarikh pulang baru boleh daftar untuk kali kedua. Allah..Allah.. Masa ni lagi buat saya sedih sebab saya takkan dapat daftar kalau Mak & Abah tak daftar sekali. Hj.Zul yang nampak saya sedih, duk mengusik saya. "Takpe la Nurul, kalau tak daftar sekali dengan Mak & Abah pun xpe, tapi syaratnya kene ada muhrim lain. Ada ke?" Lepas tu Mak & Abah gelak je. Saya yang tengah tergamam ni, tak mampu nak kate ape-ape. Mak Abah yang tolong jawabkan, "belum lagi." Mak & Abah yang nampak saya terus senyap, terus memujuk, "takpe Nurul, tak lame lagi, kene tunggu tahun depan, awal tahun kite dah boleh daftar.

Allah..Allah.. Banyak juga dugaan ye nak mendaftar ni. Benarlah orang kata, memang akan banyak dugaan sebelum, semasa & selepas pergi ke sana. Mungkin ada yang akan berkata lepas baca entry saya ni, tak sabar2nya nak ke sana. Ya, memang tak sabar. Kerinduan pada Haramain telah menggamit diri ini. "AllahuRabbi, jemputlah daku untuk menjadi tetamuMU untuk kesekian kalinya", doa yang tak pernah lekang dari bibir ini setiap kali berdoa. Kerinduan padaMU, kerinduan pada kekasihMU, kerinduan pada tanah suciMU yang sarat dengan sirah penuh 'ibrah, kerinduan pada RumahMU, Baitullahil Haram, kerinduan untuk memperhambakan diri padaMU di rumahMU yang penuh dengan keberkatan & rahmat dariMU. Allah..Allah.. Kabulkan permintaan hambaMU yang kerdil ini.

Lembah Barakah diisi dengan lautan manusia
(pandangan dari tingkat 2)



Kawasan Hijr Ismail yang mampu memuatkan tetamu2 ALLAH.
Pasti ada ruang bagi setiap dari kita.
AllahuRabbi~

Beginilah keadannya di sana sewaktu dijemput olehNYA sebagai tetamuNYA pada bulan April yang lepas. Mak kata, ni waktu biasa pun kita dah lihat mcm ni ramainya, waktu haji subhanallah, lebih2 lagi. Bukan setakat lautan malah banjiran manusia memperhambakan diri mereka di sini dgn serendah-rendahnya padaNYA. Mak Abah cakap, kalau tengok keadaan mcm ni, logiknya kita sebagai manusia yang banyak khilaf ni mesti berfikir, ada ke ruang nak masuk dalam lautan manusia ni? Subhanallah, Maha Suci ALLAH, jangan sesekali berfikir sebegitu sebab yakin & percayalah, apabila ALLAH menjemput kita sebagai tetamuNYA, sudah disediakan ruang untuk kita beribadah di sana. Allah..Allah..

Teringat kata2 mak sedara Abah yang dah lame menetap kat Makkah. "Nurul nanti pesan kat kawan2, kalau ada rezeki lebih, pasang niat untuk datang sini dulu, jgn pergi tempat lain dulu. Lain puasnya kalau dapat sampai sini waktu muda, sementara badan masih sihat." Allah.. Allah.. Pesanan & nasihat yang sama ku terima buat kali kedua. Terima kasih Tok=,) Sahabat2 yang dikasihi, sematkan & pasanglah niat serta tekad untuk ke sana. Mohon doa banyak2 moga ALLAH murahkan rezeki & izinkan kita untuk menjadi tetamuNYA. Subhanallah, indahnya pengalaman ke sana. 

::Hj. Ahmad (Anak Sulung Tok)~Tok~Abah~Mak::





Di sini saya mengambil kesempatan untuk menitipkan beberapa gambar yang berkesempatan saya ambil sewaktu di sana pada umrah yang lepas. Semoga gambar2 ini memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada sahabat2 semua untuk memasang niat & tekad daripada sekarang. Sesiapa yang sudah cukup berkemampuan untuk ke sana, jom daftar segera selagi masa & peluang masih ada di depan mata. Tunaikanlah kewajipan ke-5 ni seawal yang mungkin selagi masih dikurniakan nikmat sihat dariNYA. Sentiasa memohon semoga ALLAH memilih kita untuk menjadi salah seorang tetamuNYA yang mulia di sana. Aamin Ya Rabb~


Beginilah rutin syabab2 Makkah setiap pagi.
Khusyu' mengikuti pengajian bersama guru2 mereka.
Allah.. Allah..


Inilah kawasan solat untuk muslimat di tingkat bawah
First come first serve kalau nak solat berhampiran dengan ka'abah!

Nampak bekas-bekas yang bersusun di tepi2 laluan tu? 
Itulah air zam2.
Yang ada takde tulisan biru kat atas tu sejuk seperti ais =)
~Subhanallah~


Kami di puncak Jabal Rahmah
Semoga Allah makbulkan doa kami ^_^
Allahumma nastajib du'aana, 
Ya Rabbana~

Inilah keadaan Bukit Safa setelah dinaik taraf.
Kawasan bukit terpaksa dipagar oleh kerajaan Arab Saudi
disebabkan ada yang terlalu taksub pada bukit ini.
 

Kami di Bukit Marwah.
Selepas tahallul, berkesempatan naik di atas bukit ini.








Nampak batu tu seperti basah kan?
Tapi kering je sebenarnya.
~Subhanallah~







^ANTARA PEMBANGUNAN DI MAKKATUL MUKARRAMAH^



Meniti kemudahah::Keretapi Masyair~'Arafah-Muzdalifah-Mina

Laluan keretapi sedang dalam pembinaan 
pada bulan April lepas.
Alhamdulillah, dikhabarkan musim haji tahun ini 
sudah mula beroperasi, 
tapi dibenarkan untuk orang Arab sahaja pada tahun ni. 
InsyaALLAH tahun hadapan boleh menampung semua jemaah haji.~

Inilah kawasan melontar jamrah. 
Sehingga sekarang, sudah 5 tingkat dibina 
bg memudahkan ibadah melontar pada musim haji.

Yang memutih itu adalah khemah2 penginapan jemaah haji. 
Dari tepi jalan kita boleh lihat atap2 khemah yang memutih. Allah.. Allah..





LAMBANG KEAGUNGANMU, 
YA ILLAHI...

*~Jemputlah daku menjadi tetamuMU~*






Monday, September 27, 2010

~*Biarlah Rahsia, Kerana Rahsiaku RahsiaNYA*~

PhotobucketHari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

Siapakah pemberi itu? Apakah tandanya?

 "innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Liang lahad bersedia menjemput...

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

 "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

(^_^)Terima kasih Sarah atas perkongsian yang sangat menyentuh jiwa & menyedarkan diri ini tatkala terleka dengan nikmat dunia & kalah dgn ujian dariNYA~

Buku yang dicari bagi mempersiapkan diri untuk dikhitbah

 Semoga semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini...
Sudahkah kita bersedia untuk  
BERKHITBAH DENGAN KEMATIAN??? 









 

Tuesday, July 20, 2010

BUMI TARBIYAH::Kembali Mentarbiyah...

PhotobucketDi sinilah segalanya bermula...


Langkah demi langkah kakiku menyusuri jalan ini...



"Dahulu...Inilah tempatnya kaki kami direndam jika tidak hafal tasmi'.
Memang menyakitkan, akan tetapi inilah pahit manis kami di tarbiyah di sini sehingga kami menjadi seperti hari ini. Subhanallah wa Alhamdulillah, Ya Rabbi~"



"Dahulu juga..Inilah tempat saya & sahabat2 lain menghabiskan masa petang sebelum naik ke surau jam 6.45ptg (kalau lambat, kene ambik nama=)) untuk berbincang bersama tentang BADAR, pelajaran & masalah2 lain."



Alhamdulillah, semakin cantik 'Kolam Semenanjung SHAMS'...
Mengapa dinamakan 'kolam semenanjung'? Kerana kolam ini dibina mengikut bentuk peta semenanjung=)
Inilah keunikan SMKA SHAMS terchinta!



 Antara keunikan SHAMS yang lain adalah Galeri Sejarah ini yang menyimpan pelbagai khazanah2 silam.
Masuk ke dalamnya terasa seperti berada di zaman dahulu kala. ;-)



Batu refleksologi berbentuk HATI=)
nampak je batu2 tu kecil, tapi tajam tau... 
"Di sinilah kami selalu merehatkan kaki setelah penat pusing satu asrama untuk 'spot check'..."

 

~Landskap yang unik & kreatif ~
Tahniah SMKA SHAMSku, guru2ku serta warga SHAMS kerana dianugerahi
Anugerah Sekolah Kluster!
Semoga lebih cemerlang dunia & akhirat, insyaALLAH...

Dan KINI

Kami kembali ke sini semula untuk menyambung perjuangan untuk mendidik adik2 kami di sini, bukan sekadar kerana kami sayangkan SHAMS, akan tetapi lebih besar lagi kerana kecintaan kami terhadap ISLAM & ALLAH...

 

Adik2 yang kami sayangi kerana ALLAH, sungguh besar harapan kami... Bertitik tolak dari KEMAS '10 (Kem Anak Soleh 2010, 16-18 Julai 2010, kami amat berharap agar adik2 dapat melakukan perubahan dengan kehendak adik2 sendiri, bukan atas paksaan kami atau siapa2. Biarlah natijah daripada usaha adik2 untuk berubah tersebut sedikit, asalkan ia lahir dari dalam diri adik2 serta ikhlas berubah kerana ALLAH, insyaALLAH...

~Doa kami sentiasa mengiringi adik2 yang kami sayangi kerana ALLAH, insyaALLAH hingga ke akhir hayat~

Thursday, July 8, 2010

Peluang Itu Kurebut...

Photobucket
Balik je minggu lepas, abah tanya satu soalan "Nurul, boleh tolong abah tak?". Saya pun jawablah, "tolong ape tu abah?". "Minggu depan ada minggu orientasi dekat Kolej Integriti Ilmu Felda, lepas tu cikgu sana minta abah bg kuliah subuh hari Isnin, Khamis & Jumaat. Nurul ambik sehari ye, bagi kuliah kat budak2 baru tu. Alah, sumenye lepasan SPM je, baya2 Nurul juga. Boleh ye?" Saya yang sedang makan ni hampir tersedak. "Betul ke abah ni? Orang tu minta abah, boleh ke main pass je kat orang lain?". "Takpe, nanti abah bgtau cikgu tu." Berfikir panjang juga lah, nak cakap terima ke tak. Bila fikirkan inilah peluang saya untuk sampaikan ape yang saya nak sampaikan pada belia2 muda harapan bangsa ni, saya kuatkan juga untuk terima.

Sebenarnya saya tau ape tujuan abah minta saya bagi kuliah tu. Abah sebenarnya nak tengok mcm mane anak dia ni bercakap kat depan. Yelah, mane taknya, selalu mak abah dgr anak dia ni pergi program sana sini, motivasi kat sekolah2, sampai jrg2 sgt balik rumah. Ni lah masanya abah nak tgk ape hasil yang saya dapat bila ditarbiyah dgn program2 di luar. InsyaALLAH, akan saya sahut cabaran ini!

Abah mengingatkan saya malam tadi, yang kuliah tu tak lama pun dlm setengah jam je. Abah cakap walaupun masa tu sekejap, kalau boleh pastikan pengisian tu padat. Mak pulak bg cadangan yang buat saya tergamam sekejap. "Nurul, kalau nak lagi bagus, biar lepas Nurul bg kuliah tu sampai ada yang menangis." Huhu...Mak, kalau ni slot muhasabah, insyaALLAH, boleh juga buat mcm tu. Kot pagi nanti Nurul buat mcm tu, ada pulak yang makin khusyu' sampai bukan setakat sepet2 mata menangis, tapi tertutup terus sebab tidur=) Mak pandai gurau ye sekarang. Sebelum tidur mlm tadi, sekadar review ape yang nak dicakapkan, cari dalil2 untuk kuatkan lagi ape yang saya nak sampaikan.

Alhamdulillah, subuh tadi dapat solat jemaah dgn pelajar2 baru tu semua. Suci sungguh muka mereka semua. Muka penuntut2 ilmu Allah yang sgt luas. Selesai solat subuh, sempat bertanya dgn adik di sebelah saya, "Dekat sini, ambik kos ape ye dik?". "Ada 2 je kak, jahitan & dandanan rambut". Owh... Ini sebagai bekal muqaddimah kuliah nanti. Akhirnya, cikgu yang mempengerusikan majlis itu memanggil saya untuk tampil ke hadapan. Melangkah ke hadapan surau dgn memohon kelancaran & kefasihah dari Allah Al-Wasi', Yang Maha Melapangkan & Ar-Rashid, Yang Maha Pandai lagi Bijaksana. Semoga Allah melapangkan dada anak2 ini untuk menerima perkongsian dariku, Ya Rabbi~

Berbekalkan ilmu & pengalaman yang sedikit ni, Alhamdulillah, saya kongsikan bersama mereka tentang pengurusan masa yang berkesan. Antara intipati yang sempat saya selitkan tentunya tafsiran Surah Al-Asr yang kita semua sedia maklum bahawa ALLAH telah bersumpah dgn masa, yang mana manusia sentiasa dlm kerugian. Kecuali 4 golongan yang istimewa iaitu:-
  1. orang yang beriman kepadaNYA
  2. orang yang beramal soleh
  3. orang yang berpesan2 kepada kebenaran & kebaikan
  4. orang yang berpesan2 kepada kesabaran
Seterusnya antara yang saya dapat kongsikan dgn mereka adalah tentang hadith nabi yang mana nabi mengingatkan kita supaya selalu menitikberatkan 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara:-
  • sihat sebelum sakit
  • muda sebelum tua
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • hidup sebelum mati
Sewaktu kita sihat, muda, kaya, lapang & hidup inilah kita boleh menunaikan tanggungjawab kita sebagai insan yang memegang dual status, iaitu 'abd & khalifah Allah di muka bumi ini. 'Abd (hamba) tugasnya adalah untuk mengabdikan diri padaNYA dengan menunaikan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Khalifah pula tugasnya untuk menuntut ilmu, kemudiannya bekerja, berkeluarga, bersosial mengikut syara', pendek kata menunaikan hak pada diri & orang lain.

Banyak juga contoh2 yang saya selitkan terutama yang dekat dengan diri mereka iaitu berpesan supaya mereka menggunakan kemahiran yang dimiliki ke arah yang bermanfaat untuk diri & juga orang lain. Kemahiran yang mereka ada, tak semua orang mampu lakukan, dan seharusnya mereka bersyukur dengan cara menggunakan kemahiran mereka itu untuk meningkatkan taraf ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. InsyaALLAH, suatu hari nanti mereka mampu lakukannya, demi memulihkan semula keadaan ekonomi negara memandangkan ekonomi negara yang bermasalah sekarang ni.

Jika kita lihat, bagaimana Rasulullah S.A.W membahagikan masa baginda, baginda membahagikan masa untuk 4 perkara dalam hidup baginda:-
  • Masa untuk beribadat kepada Allah
  • Masa untuk muhasabah diri
  • Masa untuk merenung ciptaan Allah
  • Masa untuk keperluan diri
Berdasarkan garis panduan pengurusan masa Rasulullah ini, kita dapat lihat bagaimana Rasulullah mengisi masa baginda keseluruhannya dengan pengakhirannya menuju kembali pada Allah Ya Khaliq, Yang Maha Mencipta segala sesuatu di alam ini, subhanallah~ 
Dalam pada itu, tidak bermakna juga seluruh masa kita perlu diisi dengan kerja2 yang memerlukan tenaga yang tidak henti2. Masa rehat untuk diri juga perlu dititikberatkan kerana andai tidak ditunaikan hak pada diri, maka akhirnya binasalah diri dengan kezaliman diri sendiri. Memetik kata2 Saidina Ali r.a, "Berilah kerehatan pada hatimu buat seketika, sesungguhnya jika hati itu dipaksa, nescaya akan buta hati tu". Teringat pula lirik lagu kumpulan Raihan,
Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah.

Berpada2lah dalam berhibur. Asalkan kita pandai menapis dan mengawal agar tidak terlalu berlebihan. Lebih baik dalam pada berhibur tu, kita cuba selitkan unsur2 yang dapat mendekatkan kita padaNYA. Subhanallah, seni itu indah!
Sedar tak sedar, hampir lebih setengah jam saya bercakap di hadapan, sampai abah kene bagi note peringatan "5 minit je lagi". Untuk akhirnya, sebagai penutup saya bacakan satu hadith Rasulullah S.A.W, "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat, melainkan ditanya dahulu 4 perkara:
  • Tentang umurnya & untuk apa dihabiskan umurnya
  • Tentang masa mudanya & bagaimana ia menggunakannya
  • Tentang harta, dari mana datangnya & untuk apa harta itu dihabiskan
  • Tentang ilmu & bagaimana ia memanfaatkannya

    Demi Masa...
      
    Jauh di sudut hati ni mengharapkan agar perkongsian yang tak seberapa tadi dapat memberi sedikit sebanyak manfaat & input2 yang boleh diguna pakai buat bekalan adik2ku di situ. Selesai je tadi, terdetik di hati ni, seronoknya dapat memberi. Kepuasan yang dirasa betul2 membuatkan saya terfikir, rupa2nya inilah yang buatkan semangat abah sentiasa kuat untuk bagi kuliah & mengajar walaupun dapat jemputan jauh2, bawa kereta malam2 & sorang2 lagi. Tak pernah mengeluh penat, bosan, malah kata seronok lagi. Inilah keseronokan sebagai seorang mu'allim (guru), betapa besarnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI, subhanallah...

    Nak balik tadi, cikgu Liza (salah seorang guru menjahit) bertanya, "Husna ambik kos ape kat uia". "Ekonomi, cikgu". "Owh, ingatkan ambik kaunseling, sebab gaya cakap mcm kaunselor & motivator". Fuh, berpeluh saya dengar. 'Ala kullihal, pernah menyimpan hasrat juga untuk buka konsultan mcm Ust. Fahri (AFM Terbaik!) tu disebabkan keseronokan dapat memberi sesuatu kepada masyarkat. InsyaALLAH, moga diizinkan suatu hari nanti. Aamiin Ya Rabb~

    Permulaan yang memberi pengalaman yang sangat menarik. Terima kasih buat abah yang beri kepercayaan untuk Nurul ambik alih tugas abah pagi tadi. Abah dah cakap tadi, "lain kali boleh ganti abah lagi la ye". Saya senyum je, "InsyaALLAH, boleh je kalau ada orang nak bagi chance lagi".=)

    Nantikan untuk entry akan datang, saya nak sgt kongsikan mcm mane teknik pengurusan masa yang saya praktikkan yang telah banyak bantu saya menguruskan hidup dengan tersusun. InsyaALLAH semoga diberi keizinan & peluang untuk memberi sesuatu kepada sahabat2 pembaca semua. Teringat kata2 seseorang yang pernah menegur saya dan membuatkan saya tersedar dari kelalaian diri, "Andai nak jadi hebat, jgn jadi hebat sorang2. Pimpinlah tangan sahabat2 untuk menjadi hebat bersama." Terima kasih kakak2ku atas "tamparan kesedaran" tersebut.

    Followers