*~Jiilul Quran~*

Tuesday, February 9, 2010

...::Bulan ini Bulan Cinta???::...

Photobucket

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah...

Jom kita tengok versi2 valentine menurut Ensiklopedia Katolik. Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi ampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama nashrani bersama 46 kerabatnya.”

Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama Tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.”
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “Dengan nama Tuhan Ibu” dengan kalimat “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.

Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, Tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, Tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab Tuhan-Tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya Tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya merupakan lambang Tuhan cinta bagi orang-orang Romawi.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim.

Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!". Na'uzubillah...Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astaghfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?

Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya.

~Hidup di dunia hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi~

Friday, August 7, 2009

Dikau Inspirasiku::~



Photobucket Satu Dalam Seribu....



ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917,Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 48 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka
menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 48 tahun, menunjukkan betapa beratnya seksaan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namun beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal(pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh
kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari
kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka.
Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat
ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah, pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan
tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam. Beliau
menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan daulah Islam. Beliau fahami ini
daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.

Sebagaimana firman Allah S.W.T.dalam surah ar-Ra'd:11, yang maksudnya "Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka." Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan
diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan sunnatullah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah
mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun Quraanun Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara
menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh
pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah. Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah
S.A.W. dalam dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan ke atas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani. Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan
tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam kerana apabila di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam.

Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair, ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus
memeluk Islam sebagai agamnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah , "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap
dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH,
namun aku tingalkan Islam, sekali-kali
tidak".
Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus'ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.
Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Bersambung....Nantikan~

Wednesday, July 29, 2009

Berhibur Cara ISLAM::~


Photobucket

Thursday, June 18, 2009

Malunya Kita, Bagai Langit dengan Bumi...

Photobucket

Salam ukhuwah, salam juang buat semua...Setelah sekian lama menyepi, alhamdulillah kini diberi keizinan untuk muncul kembali dengan entri baru...insyaALLAH, kali ni saya nak berkongsi dengan semua tentang ke mana hilangnya sensitiviti kita sebagai seorang yang mengaku bergelar muslim, tetapi tidak ada usaha untuk menonjolkan identiti muslim dalam diri kita.

Dengan ini, saya ingin berkongsi dua video yang saya copy dari roomate saya semalam. Kebetulan waktu itu saya terdengar sayup-sayup suara anak kecil dari speaker laptop K.Farah.Terhenti seketika langkah saya tatkala mendengar seorang kanak2 yang sangat petah berkata-kata, dan kata-katanya bukanlah seperti kanak2 lain yang masih memperkatakan hal2 yang remeh temeh, akan tetapi berda'wah kepada orang dewasa. Tapi malangnya, kanak2 yang saya lihat dalam video itu bukanlah berasal dari negara kita, tetapi INDONESIA...

Cakap banyak pun tak guna juga kan, jom kita dengar dan hayati setiap bait kata2 adik Bunga yang berasal dari Indonesia ini...Dia luar biasa!




Macam mana sahabat2ku? Saya sendiri sebaik sahaja selesai menonton video ni, berfikir panjang tentang fenomena di Malaysia yang sangat2 berbeza. Di sini, terlalu banyak program realiti yang dianjurkan untuk kanak2, kononnya bertujuan untuk mengasah bakat mereka. Tapi, adakah kita pernah terfikir semua itu akan memberi natijah yang negatif pada anak2 kecil yang masih suci fikirannya. Kita sebagai orang dewasa yang matang fikiran ni, sepatutnya menerapkan nilai2 Islam dalam diri anak2 kecil seperti mereka. Jika tidak, bagaimana kita nak melahirkan "insan mutadayyin", ciri2 pun susah nak nampak. Saya bercakap ini sebagai peringatan buat diri yang hina ini terlebih dahulu. Dan diharapkan kepada pembaca semua untuk ambil cakne dengan hal2 sebegini.Agak sedih juga apabila K. Farah menunjukkan video kedua yang sangat2 kontra dengan video yang pertama tadi, bagai langit dengan bumi. Cuba sahabat2 semua teliti video ini pulak ye.




Jadi sahabat2ku, fikir-fikirkanlah, jika kita adalah seorang yang bergelar kakak, abang, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, sudahkan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai PENCORAK KAIN PUTIH yang sebenar-benarnya??? Ingatlah, anak2 kecil itu tidak bersalah, sebaliknya ALLAH telah meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada kita semua untuk mencorakkan hidup mereka. Jika kita pandai mencorakkannya, maka baiklah seluruh hidup mereka, dan jika sebaliknya, maka sebaliknya jugalah jawapannya...(faham-faham sendiri ye)

Mungkin juga hal2 sebegini tak boleh diletakkan hanya di atas bahu ahli keluarga sahaja, mungkin juga perkara ni perlu diletakkan atas tanggungjawab pihak yang sepatutnya, contohnya penerbit-penerbit rancangan realiti tv yang mungkin sekarang ini sedang mencari idea2 baru untuk menerbitkan rancangan realiti tv untuk kesekian kalinya. Cukup-cukuplah terbitkan rancangan realiti untuk remaja dan orang dewasa, dah tak terlarat nak tengok. Cuba terbitkan rancangan realiti untuk kanak-kanak pula.
Cuba kita ikut macam mane Indonesia dah buat untuk kanak2 dekat sana. Tak ade alasan, nak kata "malulah tiru rancangan orang". Kalau nak kata macam tu, kita boleh bidas balik, "habis tu yang Malaysia tiru America buat "Malasian Idol" tu, tak malu pula ye???

Dunia, oh dunia...Dah terbalik nampaknye. Nak tiru buat perkara-perkara yang baik pula ada rasa malu. Yang sebaliknya, boleh pula ada rasa bangga.(bukan beremosi ye). Hanya nak menimbulkan kesedaran dalam kalangan kita. Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

"Berkejar-kejarlah kamu membuat kebaikan, kerana mungkin inilah saat dan detik terakhir kamu di dunia ini"

Sunday, June 7, 2009

Kehangatan Kian Terasa!


Sama-sama kita memeriahkan Forum Intelektual Mahasiswa





Photobucket

Wednesday, April 22, 2009

Adakah Kita Sedar, Kita dipergunakan???

Photobucket
Ghawzul Fikr…Mungkin ramai di antara kita yang acapkali mendengar istilah ini…Ghawzul fikr ini secara ringkasnya dimaksudkan sebagai serangan pemikiran. Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa serangan pemikiran ini sentiasa menyerang kita. Setiap masa dan setiap saat. Nak buktinya? Buktinya ada depan mata kita. Paling mudah dan dekat dengan kita, kita ambil TV je. Saya pasti zaman modenisasi ini, setiap rumah sekurang-kurangnya mesti ada sebuah TV kan? Adakah kita sedar bahawa TV adalah salah satu medium utama yang digunakan oleh kafir la’natullah untuk menyerang pemikiran kita??? Hal ini memang tidak disedari oleh kebanyakan kita. Saya sendiri akui bahawa kadang kala leka dengan rancangan yang disiarkan. Apalagi kalau ada pasang ‘piring peminta sedekah’ (ASTRO) dekat rumah.(Maaf ye Ustaz Shahrizal, pinjam quote sikit).

Mane taknya, lagi ada ASTRO, macam-macam ada. Perkara ini saya tersedar tatkala semalam, sewaktu duduk melayan anak-anak buah yang nakal-nakal belaka menonton TV. Waktu itu, anak buah saya menonton sebuah rancangan yang dihoskan oleh seorang pengacara terkenal. Sahabat-sahabat familiar dengan rancangan ni??? Mungkin ada yang sering menonton dan tak kurang juga sesetengah yang mungkin tak tahu pun rancangan ape kan? Tak mengapalah. Mungkin lebih baik tak tonton dari menontonnya. Pada mulanya saya hanya ketawa apabila melihat telatah penonton yang bermacam-macam itu. Tapi, tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan rancangan tersebut. Kebetulan episod yang saya tonton semalam berkaitan ‘cinta’. Jadi, ada satu slot bersama kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun. Soalan-soalan berkaitan perihal cinta ditujukan kepada kanak-kanak yang masih kecil itu. Adakah patut berbuat demikian??? Saya tertanya-tanya seorang diri. Saya agak terkedu apabila mendengar respon dari kanak-kanak yang berusia setahun jagung itu. Bukanlah saya nak mengatakan bahawa kita yang remaja ini fasih berkaitan hal-hal sedemikian. Tapi amatlah tidak relevan kita membicarakan perkara-perkara sebegitu kepada kanak-kanak. Dan jawapan yang mereka berikan seolah-olah mereka berpengalaman dalam cinta. MasyaALLAH, sedarlah wahai pembaca sekalian, tiada istilah cinta antara lelaki dan perempuan dalam Islam, melainkan setelah adanya ikatan yang sah, iaitu pernikahan. Cinta pada ALLAH dan Rasul itu lebih utama.(Tazkirah sikit ye…)

Saya terfikir sendirian. Inilah salah satu punca mengapa kita tak dapat melahirkan ramai generasi muda yang berfikrah Islam. Kita terlalu didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak selari dengan syariat Islam. Dan saya rasa banyak lagi perkara penting yang kita terlepas pandang, contohnya hal-hal keperibadian muslim yang mungkin kita boleh terapkan mula dari kanak-kanak lagi. Perkara ini kita perlu dedahkan sejak dari awal lagi supaya mudah untuk mereka serap dan praktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Pepatah melayu sendiri ada mengatakan, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Barulah kita dapat lahirkan generasi-generasi muda yang bukan sekadar berkuantiti, tapi juga berkualiti. InsyaALLAH…


Antara lainnya, kita sendiri tahu bahawa orang yahudi ini sedaya upaya mereka ingin melihat Islam itu jatuh dan hancur. Mereka ini bijak. Mereka meracuni pemikiran kita secara halus. Maksud saya tadi, mereka menggunakan media massa untuk menjayakan misi mereka. Dari semasa ke semasa mereka akan mewujudkan rancangan yang melalaikan kita. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah mereka menyiarkan kartun-kartun yang berunsurkan nasihat dan memberi banyak pengajaran kepada anak-anak kita, tetapi mereka siarkan pada waktu-waktu yang tidak sesuai, iaitu pada waktu maghrib. Apa yang saya dapat simpulkan di sini, bukan kanak-kanak sahaja leka, kadang kala dengan ibu bapanya sekali duduk menghadap TV. Di mana keutamaan yang patut kita berikan di sini, solat ataupun menonton TV? Janganlah berlaku zalim,wahai pembaca sekalian. Fikir-fikirkanlah…

Teringat saya kata-kata seorang ustaz sewaktu saya sekolah rendah dulu, Ustaz Shahrulnizam. Beliau menasihati kami bahawa apa yang kita tonton, apa yang kita baca, semuanya boleh mempengaruhi pemikiran dan hati kita.Kalau elok benda yang kita tonton dan baca tu, maka baiklah hati dan pemikiran kita. Tapi jika sebaliknya, maka sebaliknyalah juga. Sebab itulah kalau nak terang hati, nak mudah belajar, jangan tengok dan baca benda yang mengarut dan bukan-bukan. Pertamanya kita dah buang masa free2 je. Dan yang keduanya kita bukannya dapat apa-apa manfaat ataupun faedah dari benda tu. Jadi, pandai-pandailah tapis bahan-bahan yang kita dengar,tonton dan baca. Tak semua rancangan yang disiarkan dekat TV tu tak baik dan tak bagi faedah. Saya sendiri tak menafikannya. Kalau kita tengok TV9, alhamdulillah banyak program berunsur keagamaan yang disiarkan, contohnya Mari Mengaji, Mari Bertarannum, Akademi Nasyid, Akademi Al-Quran dan banyak lagi. Pendek katanya, TV ni ada pro dan kontranya. Pokok pangkalnya, bermula dari diri kita sendiri.

Di sini bukanlah persoalannya siapa yang patut dipersalahkan, tetapi adakah kita semua ambil cakne hal-hal berkaitan sebegini? Kadang kala kita nampak perkara ini sebagai perkara remeh temeh, tetapi percayalah bahawa jika ia dah menyerang dan mengotorkan pemikiran kita, amat susah untuk membersihkannya. Bak kata sahabat2 saya, guna Clorox pun takkan luntur. Jadi lebih baik kita ambil langkah-langkah pencegahan awal. Mencegah lebih baik dari mengubati, kan? Kita tak boleh nak menyalahkan pihak yang berkaitan seratus peratus, kerana itu sudah menjadi sumber rezeki mereka. Jadi sekarang adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengawal dan memantau bahan tontonan ahli keluarga atau sahabat-sahabat terdekat kita khususnya dan orang sekeliling kita umumnya.

Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, kalau orang yahudi bijak untuk menjatuhkan kita, kita kena jadi seratus kali lebih bijak dari mereka untuk menyekat usaha mereka. Setidak-tidaknya, kalau kita tak mampu untuk menyekat usaha mereka, kita sepatutnya bijak memilih rancangan yang boleh memberi manfaat kepada kita semua. Janganlah membiarkan mereka mudah-mudah meracuni fikiran kita dengan perkara-perkara yang sedemikian. Bangkitlah wahai ummat Islam sekalian, jangan duduk membatu lagi. Kita perlu memberi anjakan paradigma untuk menghasilkan impak maksima supaya dapat melahirkan insan mutadayyin yang mengamalkan dan mempraktikkan ajaran Islam secara total dalam kehidupan seharian kita.

p/s: Nasihat ini buat diriku khususnya dan sahabat2 umumnya…Same2lah kita mengkoreksi diri~~

Thursday, March 5, 2009

~::Ya ALLAH, Jahilnya diri ini::~

PhotobucketAlhamdulillah, final exam dah pun berakhir. Agak banyak masa kosong yang kadang-kadang dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.Astaghfirullah... Tapi alhamdulillah, Allah banyak beri kesedaran pada saya untuk menggunakan masa lapang yang ada ini dengan sebaiknya. Tak kurang penting juga keterikatan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang tidak pernah lupa akan sahabat mereka yang lalai lagi leka ni. Mereka selalu ingatkan saya untuk penuhkan dada dengan ilmu. Bak kata K.Syuhada, nak tambah thaqafah dalam diri. Betul tu. Kita ni insan yang kerdil lagi hina. Hanya ALLAH yang mempunyai ilmu mutlak tentang alam ini dan segala isinya. Jadi, adakah kita ingin menjadi insan yang sombong dan bongkak, yang tak mahu mencari ilmu ALLAH??? Sahabat-sahabat bolehlah renung-renung dan fikir-fikirkan ye...

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi hidayah dan membuka lagi pintu hati hambanya ini untuk menuntut ilmu, bukan ilmu tambahan, tapi asas, iaitu ilmu aqidah. Kerana ilmu asas inilah yang ramai antara kita terlepas pandang. Masa yang ada selepas exam berakhir ini banyak dipenuhkan dengan majlis ilmu untuk mengaji bab-bab aqidah. Tapi ape yang agak menyedihkan kami di sini, kami tidak sempat untuk menghabiskan semua tajuk, yakni semua sifat ALLAH. Kami hanya dapat mengaji 6 tajuk, iaitu sampai tajuk wahdaniyah je. Masa yang kami ada agak terbatas, kerana masing-masing ada yang belum habis exam, dan tambahan pula dah nak dekat cuti ni. Apa yang lebih merisaukan kami, siapa lagi yang dapat menggantikan Ust. Abdullah selepas ini? Ustaz dah nak masuk Gombak. Harap-harapnya kepada sahabat-sahabat muslimin yang pernah menuntut di sekolah pondok dulu, ataupun sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang ilmu aqidah ini bolehla meneruskan kuliah ni pada semester depan. Ilmu ini penting untuk kita faham dan faqih kerana jika tak faham,"TOK SOH aqidah kita", bak kata Ust. Abdullah.

Perkara ini saya sedar setelah mengikuti kuliah Ust. Abdullah, insan yang tidak lokek ilmu yang beliau ada dengan kami semua. Kelas pengajian kitab 'Misbahul Munir' banyak memberi saya kesedaran bahawa ramai antara kita tidak sedar bahawa aqidah kita tidak sesempurna mana lagi. Yelah, ramai yang beranggapan bahawa aqidah mereka telah sempurna bila bersyahadah dan percaya dengan yakin kalimah Lailahaillallah. Tapi hakikatnya, kita masih lagi bergelar seorang muslim yang tidak sempurna aqidah. Kita tidak mengkaji secara detail sifat-sifat yang ada pada ALLAH. Walaubagaimanapun, saya agak terkilan, sebabnya saya tak dapat mengikuti kelas kitab ni sejak dari awal ia dijalankan. Bukan sengaja tak mahu pergi, tapi atas beberapa musyaqqah yang tak dapat dielakkan contohnya balik rumah.(Tapi saya bukan homesick ye).
Agak banyak tertinggal tajuk-tajuk yang lepas. Tapi alhamdulillah kelas terakhir hari selasa lepas, Ust. Abdullah bentangkan tajuk dari awal guna multimedia presentation. Ustaz pun nak buktikan yang nak berda'wah ni bukan terhad pada kertas, pen, marker, dan whiteboard je.
Ustaz kata kita kene profesional, kalau orang suruh kita ceramah pakai baju kot, kita pakai.
Di sini membuktikan bahawa kita bukanlah ummat Islam yang rigid, yang mundur ke belakang, yang tak ikut kemajuan teknologi. Kita juga boleh mengikut pembangunan syaratnya mestilah selari dengan syariat Islam. Bukan Islam mengikut perkembangan dan kemajuan(Islam Hadhari).

Daripada slide show tu, alhamdulillah kami semua dapat kefahaman yang lebih jelas. Bila belajar bab aqidah ni, baru tahu macam-macam. Sebelum ni tak pernah terfikir dan faham macam mane yang saya fikir dan faham lepas ikut kuliyah ustaz. Syukur pada ALLAH sebab menjadikan saya salah seorang insan yang terpilih untuk mengikuti majlis ilmu ini. Syukran jazilan juga pada ustaz yang tidak lokek untuk berrkongsi ilmu dengan kami semua. Pada sahabat-sahabat, terima kasih kerana concern terhadap sahabat kalian ini.

Masa tidak mengizinkan saya untuk menaip lebih panjang. Ada tanggungjawab lain pula lepas ini. InsyaALLAH, ada masa nanti saya sambung semula blog ini.Nanti saya ingin kongsikan apa yang kami dapat dari kuliah yang telah kami ikuti. Akhir kata, tuntutlah ilmu selagi mana hayat masih ada. Sedarlah bahawa kita ini masih jahil dan perlu belajar lagi banyak. Perkukuhkan ilmu yang asas terlebih dahulu kerana kalau tak faqih ilmu asas, macam mane nak faqih ilmu-ilmu lain kan? Percayalah, hakikat manusia yang jahil ni, makin kita belajar, makin kita tak tahu. Bak kata Ust. Abdullah hari tu, kalau nak cari pasangan nanti, cari yang faham ilmu asas ni. Kurang-kurang bila salah seorang tahu, boleh bimbing pasangan die. Tapi kalau dua-dua tak tahu, terus out dua-dua ni. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, kita jangan lihat kata-kata ustaz tadi dari maksud luaran, kita tengok dari masud dalamannya. Maksud yang saya faham adalah, kita tak kira muslimin atau muslimat, dua-dua wajib belajar ilmu asas ini. Yelah, kalau kita tak belajar kita tak tahu, bile tak tahu, aqidah kita tak sempurna, bile aqidah tak sempurna, iman kita takkan sempurna juga. Jadi, macam mana kita nak lahirkan anak-anak yang beriman???

Renung-renung dan fikir-fikirkan...

Followers