*~Jiilul Quran~*

Thursday, March 5, 2009

~::Ya ALLAH, Jahilnya diri ini::~

PhotobucketAlhamdulillah, final exam dah pun berakhir. Agak banyak masa kosong yang kadang-kadang dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.Astaghfirullah... Tapi alhamdulillah, Allah banyak beri kesedaran pada saya untuk menggunakan masa lapang yang ada ini dengan sebaiknya. Tak kurang penting juga keterikatan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang tidak pernah lupa akan sahabat mereka yang lalai lagi leka ni. Mereka selalu ingatkan saya untuk penuhkan dada dengan ilmu. Bak kata K.Syuhada, nak tambah thaqafah dalam diri. Betul tu. Kita ni insan yang kerdil lagi hina. Hanya ALLAH yang mempunyai ilmu mutlak tentang alam ini dan segala isinya. Jadi, adakah kita ingin menjadi insan yang sombong dan bongkak, yang tak mahu mencari ilmu ALLAH??? Sahabat-sahabat bolehlah renung-renung dan fikir-fikirkan ye...

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi hidayah dan membuka lagi pintu hati hambanya ini untuk menuntut ilmu, bukan ilmu tambahan, tapi asas, iaitu ilmu aqidah. Kerana ilmu asas inilah yang ramai antara kita terlepas pandang. Masa yang ada selepas exam berakhir ini banyak dipenuhkan dengan majlis ilmu untuk mengaji bab-bab aqidah. Tapi ape yang agak menyedihkan kami di sini, kami tidak sempat untuk menghabiskan semua tajuk, yakni semua sifat ALLAH. Kami hanya dapat mengaji 6 tajuk, iaitu sampai tajuk wahdaniyah je. Masa yang kami ada agak terbatas, kerana masing-masing ada yang belum habis exam, dan tambahan pula dah nak dekat cuti ni. Apa yang lebih merisaukan kami, siapa lagi yang dapat menggantikan Ust. Abdullah selepas ini? Ustaz dah nak masuk Gombak. Harap-harapnya kepada sahabat-sahabat muslimin yang pernah menuntut di sekolah pondok dulu, ataupun sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang ilmu aqidah ini bolehla meneruskan kuliah ni pada semester depan. Ilmu ini penting untuk kita faham dan faqih kerana jika tak faham,"TOK SOH aqidah kita", bak kata Ust. Abdullah.

Perkara ini saya sedar setelah mengikuti kuliah Ust. Abdullah, insan yang tidak lokek ilmu yang beliau ada dengan kami semua. Kelas pengajian kitab 'Misbahul Munir' banyak memberi saya kesedaran bahawa ramai antara kita tidak sedar bahawa aqidah kita tidak sesempurna mana lagi. Yelah, ramai yang beranggapan bahawa aqidah mereka telah sempurna bila bersyahadah dan percaya dengan yakin kalimah Lailahaillallah. Tapi hakikatnya, kita masih lagi bergelar seorang muslim yang tidak sempurna aqidah. Kita tidak mengkaji secara detail sifat-sifat yang ada pada ALLAH. Walaubagaimanapun, saya agak terkilan, sebabnya saya tak dapat mengikuti kelas kitab ni sejak dari awal ia dijalankan. Bukan sengaja tak mahu pergi, tapi atas beberapa musyaqqah yang tak dapat dielakkan contohnya balik rumah.(Tapi saya bukan homesick ye).
Agak banyak tertinggal tajuk-tajuk yang lepas. Tapi alhamdulillah kelas terakhir hari selasa lepas, Ust. Abdullah bentangkan tajuk dari awal guna multimedia presentation. Ustaz pun nak buktikan yang nak berda'wah ni bukan terhad pada kertas, pen, marker, dan whiteboard je.
Ustaz kata kita kene profesional, kalau orang suruh kita ceramah pakai baju kot, kita pakai.
Di sini membuktikan bahawa kita bukanlah ummat Islam yang rigid, yang mundur ke belakang, yang tak ikut kemajuan teknologi. Kita juga boleh mengikut pembangunan syaratnya mestilah selari dengan syariat Islam. Bukan Islam mengikut perkembangan dan kemajuan(Islam Hadhari).

Daripada slide show tu, alhamdulillah kami semua dapat kefahaman yang lebih jelas. Bila belajar bab aqidah ni, baru tahu macam-macam. Sebelum ni tak pernah terfikir dan faham macam mane yang saya fikir dan faham lepas ikut kuliyah ustaz. Syukur pada ALLAH sebab menjadikan saya salah seorang insan yang terpilih untuk mengikuti majlis ilmu ini. Syukran jazilan juga pada ustaz yang tidak lokek untuk berrkongsi ilmu dengan kami semua. Pada sahabat-sahabat, terima kasih kerana concern terhadap sahabat kalian ini.

Masa tidak mengizinkan saya untuk menaip lebih panjang. Ada tanggungjawab lain pula lepas ini. InsyaALLAH, ada masa nanti saya sambung semula blog ini.Nanti saya ingin kongsikan apa yang kami dapat dari kuliah yang telah kami ikuti. Akhir kata, tuntutlah ilmu selagi mana hayat masih ada. Sedarlah bahawa kita ini masih jahil dan perlu belajar lagi banyak. Perkukuhkan ilmu yang asas terlebih dahulu kerana kalau tak faqih ilmu asas, macam mane nak faqih ilmu-ilmu lain kan? Percayalah, hakikat manusia yang jahil ni, makin kita belajar, makin kita tak tahu. Bak kata Ust. Abdullah hari tu, kalau nak cari pasangan nanti, cari yang faham ilmu asas ni. Kurang-kurang bila salah seorang tahu, boleh bimbing pasangan die. Tapi kalau dua-dua tak tahu, terus out dua-dua ni. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, kita jangan lihat kata-kata ustaz tadi dari maksud luaran, kita tengok dari masud dalamannya. Maksud yang saya faham adalah, kita tak kira muslimin atau muslimat, dua-dua wajib belajar ilmu asas ini. Yelah, kalau kita tak belajar kita tak tahu, bile tak tahu, aqidah kita tak sempurna, bile aqidah tak sempurna, iman kita takkan sempurna juga. Jadi, macam mana kita nak lahirkan anak-anak yang beriman???

Renung-renung dan fikir-fikirkan...

1 comment:

  1. Itulah yang dinamakan sebagai DISIPLIN ILMU husna..

    Ramai yang suka melangkau-langkau..

    Ramai yang menerjah ilmu lain sebelum memahami the very foundation ilmu.

    Semoga kita memperbaiki diri, SENTIASA.

    InsyaAllah..

    ReplyDelete

Followers