*~Jiilul Quran~*

Tuesday, March 3, 2009

~::Jalinan::~

Berbelah bahagi hati ni. Serba salah pun ada juga. Mak abah telefon, b.pis dan k.ti pun mesej. Sume suruh balik serting, sebab semua berkumpul dekat rumah. Tapi dalam masa yang sama panggilan ukhuwah terlalu kuat yang membuatkan saya ’stay’ di UIA sehingga pagi ahad kerana teringin sangat jumpa sahabat-sahabat seusrah. Ya ALLAH, rindunye dekat sume, terutama sekali naqibah tersayang K. Sa’adah. Terfikir sejenak, kalau bukan hari ni aku jumpa semua, entah bila lagi dapat berkumpul. Maklum sajalah, masing-masing semakin sibuk dengan exam, K.Sa’adah pula makin sibuk megurus keluarga (suami tercinta). Akhirnya, saya bulatkan juga hati ni untuk pergi menyeru seruan ukhuwah. Bukan bermaksud mengenepikan keluarga, tapi keyakinan saya tinggi menyatakan insyaALLAH, kami sume boleh berkumpul lagi pada waktu lain. Lagipun b. pie pun tak dapat balik minggu ni.

Saya teruskan niat untuk pergi ke Seremban walaupun seorang diri dari Nilai. Awalnya agak takut juga, bukan apa, perempuan, keluar awal-awal pagi, seorang diri lagi, bahaya sebenarnya. Tapi saya nekad dan tawakkal kepada ALLAH atas segala ketentuan-NYA. Saya yakin segala aturan ALLAH adalah yang paling sempurna untuk kita. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga saya sampai di KTM Seremban. Teringat pesan sms Su (Aida) semalam, ” along,nanti tolong tunggu ezah sekali dekat terminal ye, sebab Su pergi, ayah Su hantar.” Sebaik sahaja turun dari train saya terus menelefon faezah. Nampaknya, faezah masih dalam bas. Saya janji untuk berjumpa di terminal. Tak berapa lama selepas itu, muncul faezah dengan berbaju dan bertudung purple, terserlah keayuan wanita muslimahnya. Kami bersalam dan berpelukan satu sama lain. MasyaALLAH, rindunya wahai sahabat.

Sempat juga kami berbual mengenai perkembangan masing-masing. Alhamdulillah, nampaknya semua terlibat aktif dengan jemaah kampus. Syukur Ya ALLAH! Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi. Janji nak mule usroh pukul 11. Terlintas untuk menghantar mesej kepada najibah. Macam mane kami di sini? Tak ada orang datang jemput ke nak pergi Jaya Jusco ni?; ( Terkejut saya dan Faezah. Mesej yang kami terima dari najibah berbunyi, “korang pergilah jalan-jalan dulu ke. ana tak siap bersolek lagi ni.” Dalam tersenyum, mengucap panjang saya. Teringat pula Uda (Aminah). Saya pun call uda. Ini lagi dahsyat, tak keluar dari rumah lagi! MasyaALLAH, macam-macam ragam sahabat-sahabat satu usroh saya ni. Tapi hakikatnya, itulah sebenarnya yang menceriakan usroh kami.;) Sayang korang sume!!!

Akhirnya, setelah pelbagai halangan yang kami tempuhi, sampai juga kami di JJ. Di JJ, rupa-rupanya Alang (Fatin) dan Su sudah lama menunggu kami. Nampaknya seorang lagi tak sampai, Uda. Terfikir juga, macam mana Uda nak datang JJ nanti? Kami semua dah ada dekat JJ sekarang. Tapi, takpelah, nanti mesti Uda call semula. Kami pun window shopping sekejap, sementara menunggu ‘tetamu khas’ kami. Lebih 2 jam kami menunggu di dalam foodcourt, sampai habis makanan yang ditempah, barulah Uda sampai. Rupa-rupanya Uda tumpang K.Sa’adah! Ehh, ini tidak adil! Nampaknya Uda terlebih dahulu dapat jumpa suami K.Sa’adah.

Nampaknya kerinduan masing-masing semakin terlerai sedikit demi sedikit. Tenangnya wajah naqibah kami. Dialah ikon yang ideal untuk kami contohi semangat dan kekuatannya untuk thabat di jalan ini. Atau, adakah ketenangannya itu disebabkan kehidupan yang lebih sempurna tika ini??? Hanya empunya diri yang ada jawapannnya!(jangan marah ye akak, kami tumpang gembira sebenarnya). Belum terlambat lagi saya kira jika kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada naqibah tersayang, K.Sa’adah. Kami sentiasa mendokan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

2801407385_9a62aecdf9_o2

~Selamat Pengantin Baru, buat K. Sa’adah dan Ust. Walid~

K.Sa’adah memulakan bicaranya dengan bertanya perkembangan seorang demi seorang. Kami pun berkongsi perkembangan terbaru masing-masing.Apa yang saya dapat simpulkan di sini, Najibah semakin kesunyian, adakah kesunyian kerana kehilangan orang tersayang??? Bukan, Najibah sekarang tinggal seorang diri di biliknya, kerana sahabat-sahabat lain sudah berpindah. Najihah pula semakin hampir untuk meletakkan jawatan MPP nya. Siapakah yang dapat menggantikan tempat seorang yang berjiwa besar seperti Najihah kami ini? Ada kah lagi ‘Najihah’ seperti Najihah kami ini di KMKP? Aminah pula tak habis-habis dengan kelakarnya. Tapi di sebalik gurauannya, terselit kewibawaannya untuk mentarbiyah sahabat-sahabat terdekat di USIM. Sucinya niatmu! Saya pula, tiada apa yang boleh saya coretkan. Melainkan, saya yang rindukan usroh dengan K.Mahirah. Satu kelainan yang saya dapat rasakan ialah, apabila duduk dalam usroh K. Mahirah, saya rasa tenang dan dapat lupakan sejenak masalah-masalah yang ada. Lebih meunikkan, usroh K. Mahirah same dengan usroh K. Sa’adah! Tak dapat ditafsirkan persamaan dari segi apa. Tapi itulah hakikatnya. Fatin pula, semakin nakal dengan kata-kata dan aksinya. Rasanya banyak kali juga kena cubit dengan K.Sa’adah. Itulah, nakal sangat! Teringat kata-kata K.Sa’adah, “Fatin ni, sekarang ni duk atas kerusi, jangan kejap lagi dah naik atas meja pulak.” Tergelak mendengar kata-kata tadi. Tak dapat saya bayangkan fatin yang bertudung labuh, naik atas meja??? Tapi, itulah aset yang membuatkan da’wah Fatin diterima oleh sahabat-sahabat di sekelilingnya. Dan akhir sekali, Faezah yang mendapat gelaran ‘ayu’ oleh k.Sa’adah. Faezah bercerita dengan linangan air matanya jatuh di pipi. Tapi, malangnya, kami tidak dapat mendengar dengan jelas apakah masalah sebenarnya. Ada satu kata-kata K.Sa’adah membuatkan kami teruja mendengarnya, “dalam banyak-banyak usroh yang akak ada, nilah usroh yang kekal sampai ke hari ni.” MasyaALLAH, syukrulillah…Ya ALLAH, beruntungnya kami terpilih menjadi orang-orang yang thabat di dalam usroh ini.

1_476041882l1Manisnya Berusroh!!!

seiras tapi tak serupa...

Seiras tapi tak serupa...


Usroh kami berlangsung dengan keadaan yang santai. Penuh dengan gurauan yang bermakna. Apa yang saya dapat katakan di sini, saya amat bersetuju dengan kenyataan yang sebenarnya usroh ini bermula dengan tasbih kafarah dan disudahi dengan Al-Fatihah. Wahai sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama membuka minda bahawa usroh ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang terlalu formal. Kadang kala, mind set kita yang membuatkan kita tidak berminat untuk mengikuti usroh, tidak kiralah sama ada di kampus, sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Cuba kita ubah pemikiran yang sempit tadi dengan melihat skop usroh dengan lebih global. Kita boleh jalankan usroh bersama dengan berjogging, belajar, qiamullail, dan banyak lagi yang saya pasti dan yakin bahawa sahabat-sahabat semua mempunyai idea yang lebih mantap untuk menjalinkan ukhuwah bersama. Dan yang paling mudah untuk kita semua lakukan ialah makan bersama, seperti yang kami lakukan ini. Kepada sahabat-sahabat di luar sana, marilah kita sama-sama turut serta dalam usroh kerana impaknya terlalu besar untuk kita manfaatkan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara!

No comments:

Post a Comment

Followers